Tuesday, March 31, 2009

Saat Bersama Mu...

assalamualaikum..

Tiba-tiba rasa nak berkongsi emel yang difoward oleh rakan saya ni..

Pada mu yang bergelar Wanita.. Hayatilah..

Aku suka melihat wajah ibu..
Sering kurenung wajah tenang ibu,
Ibu sering berbicara denganku
walaupun aku masih belum dpt mengerti bait-bait kalimahnya..
Ibu tahu walaupun aku belum dapat mengerti,
Ibu yakin aku dapat mengingati..
Saat ibu bercerita, aku curi-curi pandang matanya
…yg bersinar riang menterjemahkan kebahagiaan yang dikecapi

Lembut wajahnya
....memancarkan tawadhu’ di dalam limpahan kesyukuran.
Garis-garis halus wajahnya
..melambangkan ketabahan
Lunak suaranya
…penuh kasih sayang dalam ketegasan.



Ibu mengungkapkan kata2nya sambil membelai-belai rambutku,

"Wahai anakku, Ketahuilah asal usul dirimu…engkau lahir dari harapan seorang ibu yang pernah kuukir dahulu, sebuah harapan yang kufikir tinggal harapan, namun keindahan tawakkal telah menjadikannya suatu kenyataan.."

"Ibu tidak merasa terlalu awal untuk menitipkannya untukmu kerana ibumu ini mahu kau membesar dgn fikrah seorg wanita solehah.Kelak akan kuulangi nasihatku bila kau sudah dewasa, supaya pada ketika itu kau tidak merasa asing dengan mutiara-mutiara nasihat ibumu ini.Dan seandainya ditaqdirkan ibumu tidak berkesempatan, diriku tidak akan mesyesal kerana telah pun menyampaikannya kepadamu, permata hatiku."

…dalam keluarga,dirimu umpama madrasah yg akan mentarbiyyah pejuang-pejuang Islam. Sesungguhnya Baitul Muslim soleh harus mempunyai madarasah yg solehah karana dari Baitul Muslim yg soleh akan lahirlah masyarakat dan Negara yg soleh wal muslih.





Anakku,
Andai kau ingin memilih pendamping hidupmu,
Usahlah dilihat pd sebuah kesempurnaan krn manusia tiada sempurna.
Dia perlulah seorang yg mencintai Allah dan mengasihimu kerana Allah.

Carilah dia yg menerimamu seadanya sebagai seorg wanita,
Yang seikhlas hati mengasihimu sebagai isteri,
Yang jujur padamu sebagai teman hidupnya,
Yang memuliakan dirimu sebagai ibu kepada para zuriatnya.
Yang memahami hakikat dirimu sebagai hamba yg punya kewajipan kepada Pencipta,
Yang mengobarkan semangatmu untuk istiqomah di medan da’wah

Siapa pun dia yg telah ditaqdirkan Allah buatmu,
Terimalah segala kelebihan dan kekurangannya,

* Kekurangannya menterjemah hakikat dirinya sebagai seorang hamba.Yang harus kau terima dengan penuh lapang dada.

* Kelebihannya bermaksud Allah menginginkan kebaikan buat dirinya dan menganugerahkan ketenteraman tika kau bersamanya.Yg harus kau terima penuh kesyukuran tanpa bangga.


Carilah dia yg memahamimu secara reality,
Bukan menganggapmu bak bidadari,

Kelak ditakuti hatinya akan kecewa.

Hanya kepadanyalah, yang telah halal bagimu akan kau curahkan
-kepatuhan dan penghormatan..
-Pengorbanan dan kesabaran..
-cinta dan kasih sayang..
-senyum manis dan belaian..

Hanya padanya anakku, tidak sesekali lelaki ajnabi, mujahadahlah untuk memelihara kemuliaan dirimu semata-mata mengharap redha Allah.




Lalu, kau didiklah zuriatnya yang kau lahirkan dgn penuh amanah

.. sejak zuriatmu di dalam kandungan lagi, perhatikanlah akhlakmu, makananmu, agar darah yg membentuk dirinya dari sumber yg suci.

.. Perdengarkanlah ia dengan alunan zikir dan Kalam Ilahi.

Agar bila lahirnya nanti perkara kebaikan adalah kebiasaaan dirinya.
Isi semangat ingin tahunya dgn mengenal Allah, sunnah Rasulullah,para sahabat dan sahabiah.
Lenturlah lidah lembutnya dgn sebutan zikir dan bacaan alQuran,
Serikan hidupnya dgn keindahan bi’ah solehah qudwah hasanah dari ibu dan ayah,
Hiasi dirinya dgn keindahan akhlak jua kecintaan pd ilmu.
Susuli perbuatan baik dan kejayaannya dgn pujian diiringi rasa tawadhu’.
Iringi setiap kesalahan dan silap perbuatannya dgn teguran berhikmah dan penuh kasih sayang.
Doronglah dia sentiasa supaya tetap berjuang di medan dakwah,
Memimpin ummah menuju hidayah.


Lazimi dirimu dgn taqarrub ilallah, sesungguhnya jalan menuju Allah
tidak dihampari karpet merah.Malah berliku jua banyak halangannya.
Walau apa jua yg kau terima dari Allah, samada yg membuatmu suka mahupun berduka,
Kembalikan segalanya kepada Allah.
Kerana dariNya kiita datang dan kepadaNya kita kembali.


" Semoga kau tabah anakku menghadapi ranjau kehidupan, doa ibu akan sentiasa bersamamu walau di mana dikau berada.Carilah dan tambahkanlah ilmu dari pelbagai sumber ilmu dan pengalaman.Moga dikau menjadi penerus rantaian perjuangan ibu ayah.Semoga kau menjadi saham kebaikan buat ibu dan ayah di akhirat. Maafkan kami seandainya terdapat kekurangan pada didikan kami padamu kerana kami juga manusia biasa yg penuh kelemahan.”




Kumerasakan dingin dahiku dikucup ibu penuh kasih, hangat air matanya menitis ke wajahku…sungguh bahagianya aku memiliki insan mulia sepertimu. Alhamdulillah.Terima kasih ibu. Semoga aku dikurniakan keizinan dan kekuatan untuk memenuhi harapanmu, ibu.

Wednesday, March 25, 2009

FREEMASON : Ancaman Globalisasi Umat Islam

Assalamua'laikum..




Dunia semakin membangun, kemajuan teknologi semakin canggih, prasarana juga semakin inovatif. Namun, sejauh mana terbangunnya minda umat Islam, sejauh mana kehadapannya kita di pentas dunia, dan paling penting sejauh mana teguhnya aqidah kita merentasi gelombang ideologi-ideologi yang semakin menggoyahkan keimanan kita?


Sedar atau tidak musuh kita telah lama mengatur startegi mengorak langkah untuk menghancurkan Islam. Setelah tewas di dalam Perang Salib, King Louis ke-9 telah mengatur satu startegi baru. Umat Islam tidak bisa ditewaskan melalui peperangan senjata. Kekuatan dan semangat mereka yang kental amat sukar digugat. Satu persidangan diatur dan hasilnya mereka menemui senjata terbaru. Senjata yang kini telah hamir berjaya mengalahkan umat Islam. “Perang Saraf”.. itu senjata mereka. Banyak propaganda dan provokasi yang dilakukan terhadap agama yang dibawa oleh Muhammad S.A.W ini. Antaranya adalah gerakan Freemason.


Logo Freemason


Apa itu Freemason? Mungkin sebahagian kita pernah mendengar atau membacanya di mana-mana dada akhbar dan majalah. Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia , Freemason bermaksud sebuah organisasi social yang berasaskan persaudaraan di peringkat antarabangsayang muncul daripada asal yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17.. Biarpun melihat pada dasarnya ia sebagai sebuah organisasi social yang melakukan kerja-kerja kebajikan secara sukarela, sebenarnya tersembunyi disebalik gerakan ini, misteri dan mitos upacara ritual yang bertentangan dengan agama. Ulama’ Islam serta beberapa gereja di barat turut melarang penganut masing-masing menganggotai gerakan Freemason.


Antara falsafah Freemason : Agama yang boleh diterima oleh semua manusia, yang boleh membawa maksud agama yang dipersetujui oleh semua manusia… menjadi seorang manusia yang baik dan benar. Freemason berkembang di Amerika dan menjadi sebuah organisasi yang kukuh. Buktinya, George Washington , Presiden Pertama Amerika yang dilantik pada 30 April 1789 dikenali umum sebagai anggota Freemason, dan ramai lagi sebenarnya . Contohnya seperti Benjamin Franklin dan William Hopper.


Gambar G.Washington



Persoalannya sekarang, mengapa Freemason dikatakan menyebar agenda yang berbahaya terutamanya kepada umat Islam? Apakah matlamat sebenar pergerakkan ini? Apakah propaganda yang dibawa oleh gerakkan yang telah bertapak hamper 400 tahun ini?


Antara agenda rahsia mereka ialah membina kembali Kuil Haikal Sulaiman atau The Soloman Temple. Christopher Knight dan Robert Lomas – penulis buku – The Hiram Key ; Pharoas, Freemason and The Discovery of the Secret Scrolls of Jesus menyatakan pergerakan ini berasal dari pejuang-pejuang Salibiyyah yang bertujuan memelihara Kuil Haikal Sulaiman.


Mereka mempercayai bahawa perlunya membina kembali Haikal Sulaiman ini di Baitulmaqdis di atas tapak runtuhan Dinding Ratapan, tempat ibadat orang Yahudi dahulu. Tapak ini didakwa berada betul-betul di atas tapak Masjid Al-Aqsa sekarang ini.


Menurut seorang penulis buku Turki – Ancaman Global Freemason – Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Okhtar mendedahkan didalam bukunya bahawa Freemason membawa fahaman materalisis dan semua agama adalah sama. Malah falsafah mereka berdasarkan dewa-dewa kuno Mesir dahulu. Menurutnya lagi, Freemason bukanlah sekadar NGO biasa, tetapi ia membawa teras Ideologi Agama Universal dan menyebarkannya secara umum.


Kitab Masonic menjelaskan lagi perancangan mereka untuk mewujudkan satu agama universal untuk semua manusia di dunia ini. Masonic Ideology yang menerapkan pemikiran meterialisme dan juga pemahaman bahawa semua agama itu sama dimasukkan secara halus melalui media massa, sastera, filem-filem, muzik dan segala macam bentuk hiburan yang ada.


Freemason juga membawa ideologi Rasisme, Fasisme, Sekularisme, dan juga Komunis. Malah gerakan ini menjadi penyokong kuat Teori Revolusi Manusia atau Darwanisme yang terang-teranagan menolak kewujudan Tuhan dalam penciptaan manusia.


Benarkah Freemason bertapak di Malaysia??

Persoalan ini bermain-main difikiran selepas membaca majalah Mastika yang membawa isu Freemason ini. Menurut wawancara Mastika bersama Mohd Taib Haji Abbas, sukar untuk beliau meyakinkan betapa bahayanya Freemason ini kepada orang Melayu ketika itu kerana ramai yang tidak percaya, malah ada pemimpin yang pernah memperlekehkan isu Freemason yang dibawanya. Mohd Taib merupakan salah seorang pejuang yang menentang gerakan Freemason di Tanah Melayu sekitar tahun 1970-an hingga lewat 1980-an dan beliau ada menulis buku bertajuk “ Jatuhnya Kerajaan Freemason ”.


Menurutnya lagi, banyak bukti menunjukkan Freemason dalang kepada beberapa peristiwa. Contohnya, Kejatuhan Empayar Islam Turki, tumbangnya kerajaan Itali pimpinan Arnold Forlani di bawah tangan Freemason. Negara seperti Mesir, Libya, Pakistan, Arab Saudi dan Indonesia turut mengahramkan Freemason kerana terbukti gerakan ini bersekongkol dengan Zionis.


Gerakan Freemason ini turut melibatkan mereka yang berjawatan tinggi, VVIP, kerabat istana, menteri-menteri dan juga golongan berada. Ini mengukuhkan lagi paksi mereka dalam menjalankan misi mereka kerana mereka menguasai kekuatan politik dan ekonomi. Cara untuk memasuki gerakan ini sangat ekslusif. Tidak perlu mengisi borang atau memohon keahlian. Sebaliknya untuk menjadi ahli , mereka akan diberi undangan khas atau diajak sendiri oleh ahli Freemason.

Firman Allah s.w.t menyebut :
“ Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu " al-maidah : 3


Telah terbukti bahawa Islam satu-satunya agama yang diiktiraf di akhirat nanti. Justeru, Islam tidak wajar diterjemahkan sebagai satu ideology kerana ia wahyu dari Allah s.w.t . Islam bukan seperti fahaman Freemason yang dikatakan dibawa oleh tentera Salibiyyah. Islam juga bukan rekaan manusia seperti Karl Marx dengan Komunisme, Yahudi dengan Zionisme dan Hitler dengan Nazisme.


Apa tindakan Kita??


Sebagai Mahasiswa, golongan yang kononnya dikatakan sebagai ilmuan, seharusnya kita mempunyai perancangan tersendiri bagi menyelamatkan saudara seIslam kita. Jangan biarkan minda kita yang streotaip menyempitkan pemikiran bahawa hanya ustaz dan ustazah sahaja yang layak memberi teguran dan menyapaikan dakwah. Mengapa tidak kita mulakan?


Medan dakwah terbentang luas. Dari tempat kerja, kawasan perumahan, university mahupun sekolah, semuanya boleh dijadikan landasan dakwah Islamiyyah. Karya kartun, lagu-lagu berunsurkan jihad, seni reka yang berunsurkan kesenian Islam, penulisan artikel-artikel, penghasilan buku-buku ilmiah hatta blog-blog yang bermanfaat juga boleh diaplikasikan untuk kerja-kerja Islam.


Untuk semua mahasiswa, pekerja Muslim, kuasailah bidang anda sekarang. Wujudkan ruang dan peluang untuk kita sama-sama menjadi Muslim yang profesional dalam kerjaya serta cemerlang dalam ibadah dan dakwah. Apa guna teknologi di depan mata andai kita masih tidak cakne tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan sensitiviti umat Islam khusunya dan dunia amnya. Freemason mungkin salah satu agenda yang kita tahu. Namun, sejauh mana kita mengenali musuh kita? Adakah kita sedang melawan musuh dengan telinga yang pekak dan mata yang buta?


Saya juga kadang-kala terleka di medan perjuangan ini. Disinilah pentingnya kita berada bersama-sama teman dan berada didalam jemaah Islam. Kita menjadi cermin dan sentiasa memperingatkan tanggungjawab kita yang masih belum selesai. Membangunkan Khilafah Islamiyyah. Sama-samalah kita koreksi adakah kita sebenarnya sudah bersedia berhadapan dengan ancaman musuh Islam??

Memuliakan Tetamu dan Jiran

Assalamua'laikumm..


Mengapa perlu memuliakan jiran dan tetamu??

Hidup bermasyarakat amat dituntut didalam Islam. Sikap hormat-menghormati dan saling tolong menolong harus ada bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat. Namun, ramai dikalangan kita kadang-kala sering memperlekehkan adab-adab dan tatasusila yang seharusnya dimainkan oleh setiap muslim sebagai seorang jiran atau tetamu mahupun tuan rumah.

Hadith dari Abu Hurairah radhiallahuanhu bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “ Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan kebaikan ataupun diam, Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya, Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, makan hendaklah ia memuliakan tetamunya “ Riwayat Bukhari dan Muslim

Hadith jelas menunujukkan bahawa Islam cukup menjaga peradaban sesama manusia. Jika kita lihat, mengapa ayat “barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian” menjadi syarat?? Ini membuktikan bahawa salah satu penyempurnaan keimanan kita adalah dengan berkata baik, menghormati jiran dan tetamu.

Betapa besarnya perhatian yang Nabi berikan kepada perkara ini sehingga meletakkan status iman didalamnya. Jelaslah bahawa Islam bukan sekadar Ibadah semata iaitu hubungan antara Pencipta dan hamba tetapi Islam juga meliputi antara hubungan hamba sesame hamba-Nya.

Siapa Jiran kita dan apa Haqnya?

Firman Allah :

36. Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,

Jiran ialah :

1) Orang yang tinggal serumah dengan kita
2) Orang yang berdekatan dengan rumah kita
3) Orang yang tinggal dalam lingkungan 40 buah rumah dari semua sudut
4) Orang yang tinggal senegeri dengan kita

Haq-haq Jiran :

1) Bukan Muslim : Hanya mempunyai haq sebagai jiran – antaranya mebantunya ketika susah, memberi makanan, menenangkan hati ketika ditimpa musibah atau masalah .
2) Orang Islam : Mempunyai haq sebagai Muslim dan jiran
3) Kaum kerabat : Mempunyai haq sebagai Muslim, jiran dan kekeluargaan


Adab sebagai tetamu


1) Datang pada waktu yang sesuai iaitu bukan waktu subuh, makan tengahari dan ketika rehat.
2) Beri salam sebanyak 3 kali dan berdiri di sebalik pintu masuk.
3) Tunggu pintu dibuka dan bersabarlah sepanjang tempoh solat sunat 2 rakaat.
4) Tidak duduk di rumah orang melebihi 3 hari kerana takut menyusahkan tuan rumah.
5) Membawa buah tangan sebagai tanda penghargaan.

Adab sebagai tuan rumah


1) Menyambut tetamu dengan wajah yang manis.
2) Tidak membiarkan tetamu menunggu lama di luar.
3) Menyediakan makanan dan minuman mengikut kemampuan.
4) Menyediakan kemudahan dan keselesaan seadanya jika tetamu bermalam di rumah.
5) Bersederhana dan jagan terlalu membazir atau menyusahkan diri.
6) Berbicara dengan lemah lembut dan tidak berkasar.


Rujukan :
1) Kitab Al-Wafi fi Syarah Al-Arbain An-Nawawi oleh Dr Mustafa Bugho dan Mahyudin Mistu, terbitan Darul Fikir, m/s 103 -109
2) Hadith 40 (Terjemahan dan Syarahanya)oleh Mustafa ‘Abdul Rahman, terbitan Dewan Pustaka Fajar, m/s 206 -212

Friday, March 20, 2009

Berkongsi Impian

assalamualaikum..



Demam exam melanda di Jamiaah Yarmouk sekarang.. Adik-adik di Just juga sama.. Alhamdulillh, masing-masing dalam mood study sekarang, tapi kesian juga melihat sahabat-sahabat yang kurang sehat.. Semoga sakit demam kita ni boleh menghapuskan dosa-dosa kita.. Banyakkan istigfar ye..

Sejak akhir-akhir ni kami selalu bersembang-sembang tentang masa depan.. Tentang cita-cita dan impian kami.. Mula-mula kami rasakan ianya suatu angan-angan tapi lama kelamaan angan-angan ini menjadi lebih serius..

Sekolah dulu selalu sangat la keluar soalan spot ni - Apa Cita-Cita Kamu?-
Masa tu macam-macam cita-cita lah keluar termasuklah saya sendiri. Teringat cita-cita pertama saya dahulu, nak jadi pegawai polis!! Mak dengan abah mengiakan sahaja la.. Budak-budak kan, hari ini nak jadi polis, esok cikgu esok doktor.. Saya tersenyum sendiri mengenangkan cita-cita nak menjadi pegawai polis. Bagaimanalah agaknya..

Itu cita-cita ketika di sekolah rendah. lebih kurang usia 10 tahun. Kini, 12 tahun telah berlalu. Hidup semakin mencabar, usia yang semakin matang membuatkan diri lebih banyak berfikir.

Apa sebenarnya kemahuan hati??

Seronok melihat teman-teman yang merancang pelbagai perancangan dan mengatur jalan menuju impian mereka. Ada yang mahu membuka tadika Islam, menjadi peguam, menjadi usahawan, nak ambil double degree dan tak kurang ada juga yang ingin membuka ladang lembu.. Menarik kan?? Mungkin orang melihat ia sebangai angan-angan kosong, tapi bagi saya dan teman-teman angan-angan ini telah berubah menjadi motivasi untuk kami.

Namun, janganlah kita menjadikan impian ini sekadar angan-angan mak jenin. Hanya duduk berangan, tetapi tiada usaha yang dilakukan. Itulah yang kami doakan. Memanjatkan pengharapan dan sandaran padaNya. Doa impian kami semua menjadi kenyataan. Paling penting apa yang kami harapkan impian ini mendapat keberkatan dariNya dan bermanfaat untuk Ummah.



Teringat kata-kata MC program Api : "India rosak kerana todi, Cina rosak kerana perempuan, Melayu rosak kerana kuat angan-angan. Tetapi tak salah kita berangan-angan andai ia bukan satu yang sia-sia " Yup, betul tu. Tak salah menyimpan angan-angan. Namun letakkanlah ia sebagai satu impian kita yang kita mahu realisasikan suatu hari nanti..

Kepada teman-teman seperjuangan, yok kita sama-sama berusaha. Tetapi jangan lupa, kita merancang, Dia sebaik-baik Perancang. Andai impian kita tidak tercapai suatu hari nanti, jangan kita bersedih. Pasti ada tempat yang telah Dia tetapkan. Paling penting, kita mencari Redha-Nya dalam setiap amalan kita.

Ingatlah kembali dasar kita menuntut ilmu. Selain kewajipan sebagai muslim, ilmu adalah wasilah kita mengenal Allah. Jadikan pertambahan ilmu kita dengan menambah taqarrubnya kita pada Allah. Teruskan melangkah.

Terima kasih kerana berkongsi impian dengan ku..

Thursday, March 12, 2009

:: Anugerah :: Satu tanggungjawab yang perlu di galas

assalamualaikum..

Tanggal 14 Februari 2009, satu kenangan manis tercipta dalam diari kembara di bumi anbiya' ini. Satu kenangan yang dikongsi bersama teman-teman seperjuangan, adik-adik junior, kakak-kakak senior dan tak lupa jiran sebelah rumah hehehe

Malam sebelum itu terima dua mesej. lebih kurang macam ni lah bunyinya..

Mesej pertama : Tahniah anda penerima anugerah kecemerlangan. Sila bagitahu jika anda dapat hadir esok

Mesej kedua : Tahniah anda penerima anugerah tokoh. Adakah anda dapat hadir esok??

Terima mesej tengah-tengah malam, jadi tak berapa minat nak baca lama-lama ditambah pula hobi yang suka mendelete mesej lepas baca membuatkan saya tertanya-tanya apa sebenarnya mesej malam tadi ek?

Tiba masa anugerah, saya dan rakan-rakan disuruh beratur. Memang teringat kenangan ambil hadiah masa sekolah-sekolah dulu. Tapi paling terkejut sebenarnya apabila nama dipanggil untuk anugerah Tokoh Perdana Siswi. Pelik, adakah pihak berkenaan tersalah nilai?? Rasanya ada yang lebih layak menerimanya dari saya..

Bukan tujuan nak riak bagitahu saya terima anugerah ni. Cuma ingin mengajak diri berfikir.

Apa yang perlu aku lakukan sekarang?? Benarkah aku layak menerimanya?? apa yang patut aku lakukan sekarang??

Akhirnya saya jumpa jawapannya. Anugerah ini satu tanggungjawab yang baru digalas dibahu saya. Cemerlang akademik untuk apa?? Pastinya untuk membantu diri dari kejahilan dan menyampaikan kembali ilmu pada masyarakat. Diri mula mencari kekuatan dalam mempersiapkan diri. Menyampaikan apa yang perlu disampaikan, memberitahu apa yang perlu diberitahu..

Menjadi Tokoh untuk siapa?? Untuk menjadi daei pada masyarakat. Barangkali daei kecil. Yang baru sedar akan tanggungjawab yang harus dibawa. Untuk terjun ke dalam realiti masyarakat yang pelbagai ragam, menuntut diri untuk lebih bersedia.

Namun, saya masih mencari kekuatan dan keyakinan..

Berada di tahun akhir lebih mendesak hati dan minda mengkoreksi niat diri. Ke mana aku selepas ini?? Dimana aku 10 tahun lagi?? Tecapaikah segala misi aku nanti??

Kita mampu merancang tapi Dia sebaik-baik Perancang.. Untuk teman-teman, saya tak mampu berdiri sorang, mari kita sama-sama untuk terus berjuang..



PadaMU Ya Allah, Terima kasih atas nikmatMu ini. Maafkan hambamu yang Dhaif ini sering alpa dan leka..

Untuk mak dan abah, anugerah ini hadiah untuk kalian.. Terima kasih atas segalanya..


:: Melihat Diri, Mentafsir Hati ::

Tag dari Khalilah..

Assalamualaikum..

lama tak menjengah kotak post ni.. Sibuk.. banyak perkara perlu dibereskan. Exam minggu depan nak start dah..tapi cuba juga cari masa.. alhamdulillah petang ni diberi kelapangan.. Paling penting membalas buah tangan dari ija ni..


1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Kembara Musafir.. Sebab terkesan dengan artikel dari buku tazkirah Tuan Guru Nik Aziz.Satu analogi yang cukup bermakna dalam diri. Kita musafir di bumi Illahi.. Kembara untuk menuju destinasi yang abadi..


2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://alhanin-kembaramusafir.blogspot.com.. Senang, amek nama blog je tapi kena tambah alhanin tu sebab kembara musafir tu dah ada orang.. tak pe lah, panjang sikit ;)


3) Apakah metod penulisan dalam blog anda?
Berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Walaupun kecil, tapi ia sungguh bermakna pada diri. Kata orang Sharing Is Caring ;)


4) Aktif menulis penulisan ilmiah dalam blog tapi kurang aktif di khalayak luar (dakwah)?
Alhamdulillah.. Tengah-tengah kot. yang pasti keaktifan di luar kadang-kadang lebih dari keaktifan dalam blog ni. mungkin kekangan yang ada sebab rumah tak berintenet. Lagipun saya ni lebih banyak bercakap dari menulis (orang kata la)


5) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Tak pernah lagi. ye la, baru beberapa bulan hidup. hehehe tapi macam tak nak buat sebab ni hasil tunjuk ajar "tok Guru" a.k.a cik shafiqah santun. Sayang tu


6) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Seronok baca blog Ija.. Riang gembira, santai tapi ada mesej yang disampaikan.. Kawan yang dikenali di PKG ni memeng berbakat. Ala Ija, ni dah puji lebih-lebih balik malaysia nanti belanja tau ~_^

Huhu terima kasih Ija sudi tag kita.. seronok juga menjawabnya. Apapun teruskan perjuangan di Morocco tu ek. untuk kawan- kawan saya yang terpilih kat bawah ni, selamat bertag lah ye.. Maaf la, tak ramai kawan lagi, jadi kurang orang yang terpilih. yang lain tu saya tag len kali.. ni malas nak letak alamt blog. tulis nama je lah.. Sila ambil tahu ye ^_^


~ Ukhtie Fatimah
~ Ukhtie Aimiz
~ Ukhtie Kazi
~ Ukhtie Zieys
~ Ukhtie Selembar bicara
~ Ukhtie Yati
~ Cik Santun
~ Ukhtie Feez
~ Ukhtie Fiqa