Wednesday, December 22, 2010

PRAKTIK AMALAN MAHAR DAN HANTARAN DI BEBERAPA NEGARA ISLAM

assalamualaikum..






Pembayaran di dalam perkahwinan yang dikenali sebagai brideprice merupakan lumrah yang menjadi amalan masyarakat di Asia Tengah dan Caucasus terutamanya bagi mereka yang tinggal di desa. Di Turkmenistan, brideprice ini biasanya terdiri daripada haiwan, wang dan barangan yang diberi oleh bapa pengantin lelaki kepada bapa pengantin perempuan sebelum hari perkahwinan. Selain itu terdapat juga beberapa pembayaran yang dikenali sebagai dowry yang mesti dibayar dari pihak perempuan keluarga lelaki kepada pengantin perempuan dan dari keluarga pengantin perempuan kepada pengantin tersebut. Di Kazakhstan, pembayaran ini lebih dikenali sebagai kalym merupakan hadiah berbentuk binatang ternakan dan ianya hanya boleh diwarisi oleh anak hasil daripada perkahwinan tersebut. Begitu juga di Turki, baslik dibayar oleh bapa pengantin lelaki kepada bapa pengantin perempuan. Walaupun pembayaran brideprice dan dowry ini telah diharamkan dan tidak dianggap sah di sisi undang-undang ia tetap diamalkan dikalangan penduduk luar bandar dan ia dinilai mengikut rupa paras dan kekayaan keluarga wanita .


Syariat sememangnya telah menetapkan bahawa mahar wajib di bayar apabila terjadinya perkahwinan yang sah. Dikalangan orang Asia di Afrika Timur dan Afrika Tengah ini, mahar dianggap sebagai elemen yang penting dalam perkahwinan dan mahar ini juga dilihat sebagai pengurusan awal hak nafkah isteri terutamanya jika berlaku perceraian. Di Tanzania, terdapat dua jenis pembayaran yang perlu dibayar oleh pihak lelaki. Pertama adalah bayaran mahar menurut Islam iaitu mahr, dan pembayaran kedua lebih kepada pembayaran adat brideprice yang mesti diberi kepada keluarga pihak perempuan tetapi jika pengantin lelaki terdiri daripada golongan agamawan dan warak, maka pembayaran adat ini tidak diperlukan. Pembayaran adat ini turut diaplikasi dalam perkahwinan orang Kristian di Rwanda Brundi tetapi ia sedikit berbeza kerana pengantin lelaki perlu membayar brideprice kepada penjaganya sendiri .


Pertunangan dan adat perkahwinan di negara Timur Tengah adalah berbeza mengikut tempat, tahap pendidikan dan status sosial. Kebiasaannya kaum wanita memainkan peranan penting dalam mencari jodoh untuk anak-anak dan kaun lelaki yang paling tua lebih akan pula biasanya akan menetukan mahar, pakaian, barang kemas dan hadiah-hadiah yang akan diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Dikalangan orang Islam, mereka mempunyai tiga jenis pembayaran perkahwinan yang berbeza :
1) Jahaz (hadiah kepada pengantin perempuan yang diberikan oleh bapanya) atau mahr (yang diberikan oleh keluarga mentua);
2) Shirbaha (wang tunai yang diberi oleh pengantin lelaki kepada bapa perempuan untuk menyediakan jahaz) – kebanyakkan diamalkan di Iran
3) mahar mengikut tradisi islam .


Krisis ekonomi dan politik di Timur Tengah ini banyak mempengaruhi mahar. Sebagai contoh pada tahun 1988, gelombang Intifada ketika itu menyebabkan kadar mahar dikalangan warga Palsetin menurun 10-25 peratus. Di Oman, walaupun limitasi kadar mahar telah ditentukan, namun ianya sering diabaikan . Konsep jahaz ini pada asalnya dianggap sebagai suatu pemberian adat dan dianggap sebagai suatu refleksi perasaan ibu bapa yang mahu memastikam keselamatan dan keselesaan anak mereka. Namun semakin lama praktik ini menimbulkan impak yang negatif apabila ia menjadi satu tuntutan yang tinggi oleh masyarakat .


Di Afrika Utara seperti di Algeria, kebiasaannya seorang wanita akan menerima bayaran perkahwinan atau brideprice dan ianya menjadi hak milik isteri terutamanya apabila berlaku perceraian dan praktik amalan ini berbeza sekali di Mesir apabila berlaku perceraian, isteri mesti memulangkan kembali bayaran tersebut. Di Morocco pula, wanita akan menerima brideprice bergantung kepada status sosialnya di dalam komuniti masyarakat. Biasanya wanita dari kelas atasan akan menerima bayaran perkahwinan, tetapi bagi wanita dari kelas bawahan dan yang tinggal di luar bandar, selalunya mereka langsung tidak menerima apa-apa pembayaran perkahwinan pada. Tetapi bagi di satu Bandar Berber, masyarakat di situ mengiktiraf brideprice sebagai satu keperluan dan tiada perkahwinan yang berlangsung tanpanya. Di Libya, amalan bayaran perkahwinan adalah seperti yang dianjurkan oleh Islam di mana ia menjadi sebahagian daripada keperluan dalam perkahwinan. Personal Status Code 1956 Tunisia telah memperuntukkan bahawa pembayaran dowry tetap dikekalkan sebagai satu komponen wajib dalam perkahwinan yang sah dan suami tidak mempunyai hak untuk menuntut kembali mahar samada sebelum atau selepas perkahwinan .


Di Afrika Selatan, pembayaran mahar menurut Islam dan amalan pembayaran adat iaitu labola telah diharamkan. Bagaimanapun penguatkuasaan undang-undang ini masih lemah dan kedua-dua pembayaran ini masih dilakukan tanpa ada sekatan. Perbezaan pandangan terhadap kedua-dua pembayaran ini dapat dilihat apabila golongan matrilineal di Afrika Selatan menerima mahar dan hantaran sebagai satu simbolik sesebuah perkahwinan sebaliknya golongan patrilineal menganggapnya sebagai satu kemestian terutamanya amalan labola .


Adat perkawinan Muslim di negara-negara seperti India, Bangladesh dan Pakistan yang mewajibkan pihak perempuan membayar hantaran kepada pihak lelaki (dowry) bertentangan dengan syarak kerana seharusnya pihak lelaki wajib memberikan mahar kepada pihak perempuan. Walaupun akta Dowry Prohibition diwujudkan pada 1961 di India yang mengharamkan pembayaran dan penerimaan hantaran, namun amalan ini tetap berlaku dan sekatan terhadapnya dilihat seperti tidak serius. Ekoran dari hal ini, menyebabkan majoriti golongan wanita di negara-negara ini menjadi mangsa keganasan dan kekejaman akibat kegagalan membayar wang hantaran malah di Bangladesh akibat daripada krisis ekonomi, kebayakkan wanita yang berkahwin di usia muda dibunuh kerana kegagalan memenuhi permintaan bayaran hantaran yang melampau . Fenomena ‘Dowry-Death’ ini dikatakan bermula apabila seksyen 304-B kanun keseksaan diperkenalkan rentetan daripada statistik kematian wanita yang semakin meningkan akibat dibakar dan dicederakan akibat daripada kegagalan mereka membayar wang hantaran .


Di Asia Tenggara, praktik kehidupan masyarakat di sini lebih banyak dipengaruhi adat yang turut terkesan dengan tuntutan dunia yang semakin moden. Dalam sebahagian komuniti, pemberian mahr atau maskahwin hanyalah sebagai pelaksanaan formal sepertimana yang dituntut oleh agama. Nilai maskahwin biasanya sedikit dan ia boleh dibayar secara tangguh dan ia tidak dianggap sebagai ‘alat’ untuk menghalang perceraian dan juga tidak menjadi kuasa autoriti suami terhadap isteri. Masyarakat Melayu biasanya menetukan tarikh perkahwinan, jumlah maskahwin dan hantaran semasa berlangsungnya majlis pertunangan .


Di Filipina, adat perkahwinan mengikut masih mengikut tradisi Islam. Kedudukan sosial sesebuah keluarga amat dititik-beratkan dalam menentuka jumlah hantaran yang akan diberikan semasa perkahwinan kelak dan biasanya diberikan kepada keluarga pihak perempuan sebelum hari pernikahan. Bagi masyarakat Minangkabau pula, kebiasaannya pihak perempuan yang akan mengatur perkahwinan dan mengadakan perbincangan dengan keluarga pihak lelaki. Berhubung soal hantaran, orang Minangkabau akan memberi pihak lelaki hantaran atau hadiah sebelum majlis perkahwinan manakala pihak suami pula akan menyediakan pelbagai alatan perabot untuk bilik yang akan diduduki di rumah keluarga isteri .


Bayaran hantaran atau bridewealth adalah perkara asas dalam perkahwinan bagi kebanyakkan komuniti Afrika Barat samada beragama Islam ataupun tidak. Malah sesebuah perkahwinan tidak dianggap sah selagi wang hantaran tidak dibayar dan diumumkan jumlahnya. Pembayaran ini biasanya mengikut undang-undang penduduk pribumi berbanding pembayaran mahar yang telah diajurkan oleh Islam. Di Nigeria, perbincangan mengenai jumlah hantaran selalunya dimulakan dengan pemberian hadiah dan dari segi penerimaan wang hantaran ini, keluarga pihak perempuan lebih banyak menerimanya berbanding pengantin perempuan.


Rujukan :

1) J.P. Bhatnagar (2000), Law Relating to Womwn and Their Rights, New Delhi : Ashoke Law House

2) Tahir Mahmood (1995), Status of Personal Law in Islamic Countries – History, Texts and Analysis, New Delhi : India and Islamic Research Council

3) Abdullah A. An-Na’im (2002), Islamic Family Law in a Changing World : A Global Resourse Book, London : Zed Books Ltd

Thursday, December 2, 2010

~ Selamat Hari Lahir Mak ^_^ ~

assalamualaikum..






:: Selamat Hari lahir buat emak yang tersayang. Alhamdulillah Allah masih mengurniakan kesihatan yang baik di usia 49 tahun.. Terima ksih untuk semuanya. ikhlas dari abah, ayong, angah, atin, minah and shakir ::

Tuesday, November 30, 2010

assalamualaikum..




~ Dalam hidup ini Allah tidak memberi apa yang kita MINTA tetapi Dia memberi apa yang kita PERLUKAN.. ALLAH tak bagi apa yang kita SUKA, tetapi DIA bagi apa yang TERBAIK untk kita, paling sesuai untuk keadaan kita ~

Wednesday, November 10, 2010

Mari Berpantun

assalamualaikum..

satu perkongsian dari sahabat saya..


Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.


Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.


Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.


Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.


Pakaian modern??!! memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.


Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat...


::bersama kita renungkan::

Sunday, November 7, 2010

Marah itu Api, Syaitan itu Api

Assalamualaikum..

Premis 1 : Marah itu api
Premis 2 : Syaitan itu api
Kesimpulan : Marah itu syaitan




Begitulan kesimpulan yang dinyakan oleh Dr. Fadzilah Kamsah dalam satu rancangan ilmiah di Tv 1 pada hari Jumaat yang lepas. Memang sebagai manusia, kita semua mempunyai sifat marah, itu fitrah kerana Allah menjadikan manusia itu dengan penuh perasaan. Namun, kebijakkan kita mengawalnya menetukan sejauh mana tahap marah kita berada. Betul kadang-kala kita mengakui kita seorang yang panas baran, "hot temper", cepat melenting atau apa-apa sahaja istilah yang menunujukkan kita seorang pemarah, namun jangan kita berbangga menjadi seorang pemarah.


Kita selalu mellihat solusi mengatasi masalah ini hanya dua ; pertama pendamkam marah, terus menahan tetapi akhirnya melatus seperti gunung berapi, kedua pula lepaskan segala-galanya dengan hamburan maki hamun dan kata-kata kesat yang kononnya akan meredakan kemarahan dan melapangkan hati.


Saya sebenarnya tertarik kepada penyataan dr Fadzilah menegnai 4 cara yang kita boleh gunakan apabila kita marah
1) Lepaskan
2) pendam - sabar
3) lepaskan tetapi dalam keadaan terkawal
4) Memaafkan dengan rela hati


Bagi saya tidak salah melepaskan marah, tapi kawal kemarahan tersebut dan akhirinya dengan kemaafan, kerana melepaskan marah tanpa mengawalnya menjadikan kita semakin diapi-apikan oleh Syaitan dan kerana tidak mengawalnya juga menyebabkan kita menjadi Syaitan. Begitu juga jika kita melepaskan kemarahan tanpa perasaan memaafkan membuatkan kita akan sentias marah dan memendam rasa. Mungkin kita merasa 'lega' selepas menghamburkan segala kemarahan yang ada, tetapi kelegaan itu hanya sementara jika tiada kemaafan yang lahir dari hati.





Justeru, bila kita melepaskan amarah kita, minta maaf dan maafkan mereka yang berkaitan kerana belum tentu orang yang kita marahi tadi benar-benar menerima kemarahan kita dengan hati yang terbuka, dan tidak mustahil keadaan akan menjadi lebih buruk. Oleh itu, maaf dan bermaafanlah agar hati kita dan hati orang yang dimarahi akan menjadi "lega" dan kita sendiri lebih tenang.


Pokoknya hati yang tenang dan kawalan dengan iman atas setiap perlakuan kita. Jangan biarkan nafsu mengatasinya walaupun pada hakikatnya mudah untuk kita bercakap namun belum tentu lagi mudah untuk melaksanakannya. Tetapi tidak salah kita benar-benar dan cuba berusaha lebih-lebih lagi melihat sikap Nabi Muhammad s.a.w yang sebar apabila laluannya ke masjid dipenuhi duri dan dibaling najis oleh sorang perempuan tua musyrik Mekah.


Kunci hati yang tenang adalah mengingati Allah. Cubalah perbanykkan zikir, hati yang ikhlas akan benar-dapat dapat merasai ketenangan dan kedamaian dengan izin-NYA ^_^. Bila hati semakin tenang, bukan sahaja perasaan marah, buruk sangka akan hilang, sifat-sifat mazmumah yang lain akan turut beransur-ansur hilang dari diri insya Allah.


Bak kata Opick, tobo ati (ubat hati) itu 5 perkara :
1) Boco Quran nan maknane (Baca quran dan maknanya)
2) Solat wengi lakon kono (dirikanlah solat malam)
3) Wong kang soleh ngumpun kono(bergaullah dengan orang soleh)
4) butu weteng ingkang due (banykkanlah berpuasa)
5) Zikir wengi kang suwe(perpanjagkanlah zikir di kala malam)





~ cubalah sama-sama kita amalkan, moga Rahmat Allah bersama kita ~

p/s : kalau ada kesilapan ejaan bahsa jawa dalam lagu Opick ni, saya minta maaf, yang pasti terjemahannya betul insya Allah ^_^