Thursday, March 12, 2009

:: Anugerah :: Satu tanggungjawab yang perlu di galas

assalamualaikum..

Tanggal 14 Februari 2009, satu kenangan manis tercipta dalam diari kembara di bumi anbiya' ini. Satu kenangan yang dikongsi bersama teman-teman seperjuangan, adik-adik junior, kakak-kakak senior dan tak lupa jiran sebelah rumah hehehe

Malam sebelum itu terima dua mesej. lebih kurang macam ni lah bunyinya..

Mesej pertama : Tahniah anda penerima anugerah kecemerlangan. Sila bagitahu jika anda dapat hadir esok

Mesej kedua : Tahniah anda penerima anugerah tokoh. Adakah anda dapat hadir esok??

Terima mesej tengah-tengah malam, jadi tak berapa minat nak baca lama-lama ditambah pula hobi yang suka mendelete mesej lepas baca membuatkan saya tertanya-tanya apa sebenarnya mesej malam tadi ek?

Tiba masa anugerah, saya dan rakan-rakan disuruh beratur. Memang teringat kenangan ambil hadiah masa sekolah-sekolah dulu. Tapi paling terkejut sebenarnya apabila nama dipanggil untuk anugerah Tokoh Perdana Siswi. Pelik, adakah pihak berkenaan tersalah nilai?? Rasanya ada yang lebih layak menerimanya dari saya..

Bukan tujuan nak riak bagitahu saya terima anugerah ni. Cuma ingin mengajak diri berfikir.

Apa yang perlu aku lakukan sekarang?? Benarkah aku layak menerimanya?? apa yang patut aku lakukan sekarang??

Akhirnya saya jumpa jawapannya. Anugerah ini satu tanggungjawab yang baru digalas dibahu saya. Cemerlang akademik untuk apa?? Pastinya untuk membantu diri dari kejahilan dan menyampaikan kembali ilmu pada masyarakat. Diri mula mencari kekuatan dalam mempersiapkan diri. Menyampaikan apa yang perlu disampaikan, memberitahu apa yang perlu diberitahu..

Menjadi Tokoh untuk siapa?? Untuk menjadi daei pada masyarakat. Barangkali daei kecil. Yang baru sedar akan tanggungjawab yang harus dibawa. Untuk terjun ke dalam realiti masyarakat yang pelbagai ragam, menuntut diri untuk lebih bersedia.

Namun, saya masih mencari kekuatan dan keyakinan..

Berada di tahun akhir lebih mendesak hati dan minda mengkoreksi niat diri. Ke mana aku selepas ini?? Dimana aku 10 tahun lagi?? Tecapaikah segala misi aku nanti??

Kita mampu merancang tapi Dia sebaik-baik Perancang.. Untuk teman-teman, saya tak mampu berdiri sorang, mari kita sama-sama untuk terus berjuang..



PadaMU Ya Allah, Terima kasih atas nikmatMu ini. Maafkan hambamu yang Dhaif ini sering alpa dan leka..

Untuk mak dan abah, anugerah ini hadiah untuk kalian.. Terima kasih atas segalanya..


:: Melihat Diri, Mentafsir Hati ::

8 comments:

Anonymous said...

Pergh. Tiba-tiba terasa inferior pula hendak meletak komen. Tahniah.

Ain Mardhiah said...

tahniah akak! ^_^

alhanin said...

untu ainul.. terima kasih dik..

alhanin said...

syukran. tak perlu rasa inferior. saya insan biasa, ada lagi yang lebih hebat. Menuntut ilmu untuk ma'rifatul Allah.. Kita mulia kerana Islam..

Fez said...

alhamdulillah anugerah yang allah berikan sebagai satu motivasi juga cabaran.

not too late i think to wish u congratulations!!

10 tahun kte jumpa lagi nanti, insyallah awak dh bergelar seperti apa yang awk cita2 kan.. ada sharie law firm sndiri.. (waahhhh..)

cik santun said...

kak ahiasah.. kan mase siang tu pn kite de mesej gak.. berbunyi begini, 'assalamualaikum, sy shafiqah.. tahniah, anda dipilih untuk menerima anugerah.. sile ke pintu belakang selepas slot ini untuk briefing'.. hik3..

tahniah akk.. sape la pengganti akk dh balik nnti ye.. sedihnyeee..

alhanin said...

time kasih kak fez.. em, tengoklah 10 tahun lagi ek.. doakan semuanya dipermudahkan.. akk pun cepat2 abis belajar, nak tunggu akk jadi pakar pulak ^_^

alhanin said...

alahai cik santun, akk tak perasan pun msg awak. tahu-tahu Laila yang panggil akk. masa tu kitaorang biro tesolusi sibuk nak olah ayat untuk resolusi laa.. dah naik pentas baru perasan msg tu.. sori ye ;)