Friday, March 20, 2009

Berkongsi Impian

assalamualaikum..



Demam exam melanda di Jamiaah Yarmouk sekarang.. Adik-adik di Just juga sama.. Alhamdulillh, masing-masing dalam mood study sekarang, tapi kesian juga melihat sahabat-sahabat yang kurang sehat.. Semoga sakit demam kita ni boleh menghapuskan dosa-dosa kita.. Banyakkan istigfar ye..

Sejak akhir-akhir ni kami selalu bersembang-sembang tentang masa depan.. Tentang cita-cita dan impian kami.. Mula-mula kami rasakan ianya suatu angan-angan tapi lama kelamaan angan-angan ini menjadi lebih serius..

Sekolah dulu selalu sangat la keluar soalan spot ni - Apa Cita-Cita Kamu?-
Masa tu macam-macam cita-cita lah keluar termasuklah saya sendiri. Teringat cita-cita pertama saya dahulu, nak jadi pegawai polis!! Mak dengan abah mengiakan sahaja la.. Budak-budak kan, hari ini nak jadi polis, esok cikgu esok doktor.. Saya tersenyum sendiri mengenangkan cita-cita nak menjadi pegawai polis. Bagaimanalah agaknya..

Itu cita-cita ketika di sekolah rendah. lebih kurang usia 10 tahun. Kini, 12 tahun telah berlalu. Hidup semakin mencabar, usia yang semakin matang membuatkan diri lebih banyak berfikir.

Apa sebenarnya kemahuan hati??

Seronok melihat teman-teman yang merancang pelbagai perancangan dan mengatur jalan menuju impian mereka. Ada yang mahu membuka tadika Islam, menjadi peguam, menjadi usahawan, nak ambil double degree dan tak kurang ada juga yang ingin membuka ladang lembu.. Menarik kan?? Mungkin orang melihat ia sebangai angan-angan kosong, tapi bagi saya dan teman-teman angan-angan ini telah berubah menjadi motivasi untuk kami.

Namun, janganlah kita menjadikan impian ini sekadar angan-angan mak jenin. Hanya duduk berangan, tetapi tiada usaha yang dilakukan. Itulah yang kami doakan. Memanjatkan pengharapan dan sandaran padaNya. Doa impian kami semua menjadi kenyataan. Paling penting apa yang kami harapkan impian ini mendapat keberkatan dariNya dan bermanfaat untuk Ummah.



Teringat kata-kata MC program Api : "India rosak kerana todi, Cina rosak kerana perempuan, Melayu rosak kerana kuat angan-angan. Tetapi tak salah kita berangan-angan andai ia bukan satu yang sia-sia " Yup, betul tu. Tak salah menyimpan angan-angan. Namun letakkanlah ia sebagai satu impian kita yang kita mahu realisasikan suatu hari nanti..

Kepada teman-teman seperjuangan, yok kita sama-sama berusaha. Tetapi jangan lupa, kita merancang, Dia sebaik-baik Perancang. Andai impian kita tidak tercapai suatu hari nanti, jangan kita bersedih. Pasti ada tempat yang telah Dia tetapkan. Paling penting, kita mencari Redha-Nya dalam setiap amalan kita.

Ingatlah kembali dasar kita menuntut ilmu. Selain kewajipan sebagai muslim, ilmu adalah wasilah kita mengenal Allah. Jadikan pertambahan ilmu kita dengan menambah taqarrubnya kita pada Allah. Teruskan melangkah.

Terima kasih kerana berkongsi impian dengan ku..

5 comments:

خديجة خليلة said...

Impianku, ingin bertemu dgn rakan-rakan seperjuangan di Jordan ini. =)

Ahmad Saifuddin Amran said...

Siapakah MC tersebut? Angan-angan bukanlah perkara salah. Genius fizik, Albert Einstein sendiri kuat angan-angan, tapi bila digabungkan dengan ilmu, maka terhasillah Teori Relativiti yang mengkagumkan itu.

Melayu rosak kerana tiada ilmu, bukan angan-angan.

alhanin said...

insha allah ija.. moga tercapai impian ija nanti.. nanti kita wat reunion kat PKG ek. macam mana lah rupa kita semua nanti, ntah2 ija dah bawa anak sedara untuk kita ^_^

alhanin said...

Ya,angan-angan tak salah asalkan ia mempunyai matlamat untuk direalisasikan.. Memang melayu rosak kerana tiada ilmu, tetapi kadang-kadang, kerana ilmu juga Melayu rosak.

Bila Ilmu yang ada tidak dipandu dengan Iman di dada..

suara hati said...

seronok bina impian, tp bila betul2 dah menjejak ke tempatnya, rasa gerun juga, kan? rasa buntu juga mungkin bertandang. moga allah permudahkan urusan kita semua kelak..