Monday, June 28, 2010

Kontrak dan perjanjian-perjanjian perkahwinan menurut hukum Undang-undang Keluarga Islam

assalamualaikum..

Sekadar perkongsian perbincangan di dalam kuliyah saya..





 Perkahwinan
- Definisi menurut Syirian, Iraqi and Jordanian Codes : Perkahwinan adalah kontrak (aqad) diantara seorang lelaki dan wanita yang layak dan halal dikahwini bertujuan untuk hidup bersama dan melahirkan zuriat

 Persedian perkahwinan
- Pertunangan (khitba) adalah permulaan sebelum melakukan kontrak perkahwinan, dimana seorang lelaki meminang seorang perempuan untuk berkahwin. Kesahihan pertunangan dinilai dengan melihat kedaan kedua-dua pasangan – bukan didalam iddah, bukan isteri orang dan bukan tunangan orang lain.
- Pertunangan atau perjanjian untuk berkahwin tidak boleh dianggap sebagai satu perkahwinan dan tidak boleh dibindingkan.
- Menurut undang-undang Syiria :
1) Lelaki mestilah membayar mahar secara tunai dan pihak perempuan akan membelanjakannya untuk membeli perabot, tetapi jika pihak lelaki meminta kembali, pihak perempuan perlu memulangkannya samada dengan wang atau barang-barang yang telah dibeli.
2) Jika pihak perempuan yang memutuskan pertunangan, dia perlu memulangkan mahar atau nilai yang sama dengannya.
3) Hadiah-hadiah akan dikira sebagai pemberian, tidak dipulangkan.


 Rukun dan Syarat Kontrak Perkahwinan
A. Rukun : Ijab dan Qabul
- Menurut imam Syafie, lafaz ijab dan qabul estilah menggunakan lafaz “inkah,tazweej” dan mesti didadalam bahasa Arab.
- Sebaliknya imam-imam yang lain tidak meletakkan bahasa arab sebagai rukun, dan di negara arab yang lain, lafaz ijab dan qabul diterima dalam apa sahaja perkataan yang membawa maksud kepada keduanya itu.

B. Syarat Kelayakkan
i. Mempunyai kemampuan dan kelayakkan yang mencukupi menurut undang-undang seperti keadaan kewangan yang kukuh
ii. Mestilah akil baligh dan mencapai umur dewasa contohnya seperti Tunisia : Kontrak perkahwinan tidak akan terjadi diantara lelaki berumur dibawah 20 tahun dan perempuan dibawah 17 tahun kecuali dengan kebenaran mahkamah. Jordan : jarak umur diantara pasangan mestilah tidak melebihi 20 tahun jika perempuan tersebut berumur dibawah 18 tahun.
iii. Waras

C. Wali Perkahwinan
i. Wali ijbar dan wali an-nadb
o Walaupun kedua-dua pihak telah cukup syarat, namun pihak perempuan tidak boleh menjalankan perkahwinan sendiri samada masih dara atau janda.
o Hanafi tidak mensyaratkan wujudnya wali didalam sesebuah perkahwinan.
o Morocco menghalang kuasa authority wali untuk memaksa anak perempuan berkahwin tanpa kerelaan, hakim berhak untuk campur tangan bagi memutuskan samada ia layak atau tidak untuk berkahwin dengan melihat kondisi pihak lelaki.

ii. Wali Hakim
o Bagi mereka yang tidak mempunyai wali dan mereka yang memintanya sebagai wakil untuk menjalankan upacara aqad nikah, tugasnya selesai sebaik sahaja sahnya aqad nikah.

 Syarat Kesahihan Kontark Perkahwinan
1. Saksi
- Dari Aisyah radhiallahuanha : “Tiada pernikahan kecuali dengan wali dan 2 orang saksi”
- Di Syiria : ia adalah syarat sahnya sesuatu perkahwinan.
- Syarat saksi :
a) 2 orang lelaki atau seorang lelaki dan 2 orang perempuan.
b) Dewasa
c) Waras
d) Merdeka
e) Boleh mendengar dan memahami Ijab&Qabul
f) Islam

2. Perempuan yang halal dikahwini : Bukan saudara susuan, adik beradik, isteri orang, didalam eddah, berlainan agama dan lain-lain sebab.
3. Borang
- Syarat-syarat yang terdapat didalam kontrak perkahwinan mestilah diaplikasikan serta merta selepas sahnya aqad.
- Borang ini mengandungi syarat dari kedua-dua atau sebelah pihak pasangan pengantin ( sila lihat lampiran bagi jenis-jenis kontrak&syarat serta contoh borang kontrak-surat aqad nikah-)
- Panduan Syarat-syarat didalam kontrak perkahwinan :
a) Jika isteri mengemukakan syarat yang bertujuan untuk melindunginya mengikut undang-undang & supaya tidak dipinggirkan kerana pihak ketiga, maka syaratnya sah dan dibindingkan, perlanggaran syarat membolehkan isteri menuntut cerai. Contoh : tidak akan keluar dari bandarnya, suami tidak boleh berkahwin lain.
b) Syarat yang diletakkan suami yang bertujuan untuk melindunginya mengikut undang-undang & supaya tidak dipinggirkan kerana pihak ketiga, maka syaratnya sah dan dibindingkan, perlanggaran syarat membolehkan suami menceraikan isterinya. Contoh : Isteri tidak boleh keluar bekerja diluar kawasan.
c) Syarat yang mempunyai maslah biasanya syarat yang bertentangan dengan undang-undang. Contoh: tidak tinggal serumah, boleh minum arak, maka syarat seperti ini akan terbatal tetapi kontrak perkahwinan masih lagi sah.

4. Tiada tempoh tamat kontrak : Aqad perkahwinan yang mempunyai tempoh dikenali sebagai mutaah.
5. Mahar
- Mahar sunat dibayar semasa aqad nikah, samada mahar mithil atau musamma.
- Menurut Islam minima mahar adalah 10 dirham @ 35 gram perak
- Contoh pembayaran mahar : 10 ribu, mengikut syarat perjanjian 4 ribu dibayar sebelum aqad (mahar muqaddam) dan 6 ribu dibayar semasa aqad ( mahar muajjal)

6. Kafaah (suitability)
- Dilihat semasa aqad nikah dan menjadi syarat bagi pihak lelaki.
- Definisi kaffah dinilai melalui :
a) Kesolehan dan akhlaq yang baik
b) Pekerjaan yang baik dan sesuai
c) Harta : Cukup untuk menampung perbelanjaan isteri dan keluarga
d) Keturunan atau asal usul
e) Beragama Islam
- Sebenarnya ia berperanan penting apabila seseorang perempuan berkahwin tanpa kebenaran dari walinya dan mempunyai beberapa keadaan:
a) Jika perempuan berkahwin dengan lelaki yang tidak sekufu dengan izin wali – kontrak perkahwinannya sah
b) Jika perempuan berkahwin dengan lelaki yang sekufu & mahar mithal tanpa izin wali – kontrak perkahwinannya sah dan pihak keluarga perempuan tiada hak untuk membatalkannya
c) Jika ayah mengahwinkan anak perempuannya (baligh&waras) dengan lelaki yang tidak sekufu tanpa kerelaanya : Kontrak perkahwinannya tidak sah






 Kesan Perkahwinan
Ulama’ membahagikan hukum kontrak perkahwinan kepada 3 :
1) Valid Contract ( sahih)
- Kontrak atau aqad yang dapat memenuhi semua kehendak dan syarat kesahihannya.
- Pelaksanaanya boleh menjadi serta merta (effective) dan tergantung (suspended) apabila melalui wakil yang memerlukan persetujuan wali, jika tidak ia mungkin menjadi perkahwinan yang fasid
- Kesan kontrak :
a) Suami isteri hendaklah menjalankan tanggungjawab masing-masing mengikut syara’
b) Suami wajib menyediakan keperluan asas didalam sesebuah rumahtangga
c) Terjadinya pengharaman perkahwinan disebabkan pertalian : mertua dan menantu
d) Suami perlu menyediakan nafkah dan menjaga kebajikan anaka-anak
e) Hak mewarisi harta
f) Menyediakan kos rawatan perubatan


2) Irregular Marriage ( fasid)
- Kontrak atau aqad yang dapat memenuhi semua kehendak tetapi ada kekurangan didalam syarat kesahihan kontrak. Contoh : perkahwinan diantara adik beradik susuan tanpa pengetahuan kedua-dua belah pihak.
- Mengikut undang-undang Jordan, sesuatu kontrak perkahwinan dianggap fasid apabila:
I. Kedua-dua atau salah satu pasangan hilang kelayakkan untuk berkahwin
II. Tiada saksi
III. Saksi tidak mengikut syarat yang ditetapkan syara’
IV. Kes yang menyalahi undang-undang – perkahwinan saudara sesusuan
V. Mutaah atau perkahwinan sementara
VI. Aqad mempunyai unsure-unsur paksaan.
- Kesan kontrak:
a) Perlu berpisah
b) Perempuan berhak mendapat mahar
c) Iddah mengikut perceraian biasa atau iddah kematian suami jika suaminya meninggal dunia
d) Hak penjagaan anak mengikut keadaan –hak suami jika anak lahir 180 hari dari tarikh aqad menjadi fasid
e) Pengharaman sebab wujud pertalian
f) Tidak ada hak dalam mewarisi harta pasangan masing-masing



3) Void (Batil)
- Perkahwinan yang menafikan kehendak dan syarat kesahihan kontrak. Ia terbatal apabila :
I. Perkahwinan diantara perempuan Islam dengan bukan Islam
II. Perkahwinan diantara lelaki Islam dengan bukan ahli kitab
III. Perkahwinan diantara lelaki dan perempuan yang diharamkan untuk berkahwin samada sementara, selamanya atau kerana pertalian perkahwinan.


Rujukan :
1) Jamal J Nasir,(1986), The Islamic Law of Personal Status, London: Graham & Trotman Inc. page :38-76
2) Hedaya Hartford & Ashraf Muneeb, (2001), Your Islamic Marriage Contract, Damsyiq : Dar al-Fikr, page : 12-26

Wednesday, June 16, 2010

Kot Putih.. buah tangan dari bumi Irbid..

assalamualaikum..

Lama tak bertemu, rindu yang amat pada sahabat-sahabat ini.. Bagaimana agaknya rupa mereka, makin kurus atau maintan je ^_^.. Di dalam train, saya mengimbas kembali kenangan saya sewaktu menuntut di Jordan dahulu.. Bulan Jun 2009 dahulu bulan keramat buat kami kerana berakhirnya penantian kami selama hamper 4 tahun di sana. Bulan yang cukup indah apabila dikelilingi teman-teman sewaktu hari konvokesyen kami..


“ Nak pergi naik train? Sorang-sorang? “ Tanya emak kepada saya.
“ Em sape nak teman? “ jawab saya, em takut juga kalau-kalau emak tak bagi pergi.
“ Mak kasi pergi, tapi biar Minah ikut. Awak tu bukannya boleh jalan sorang-sorang, selalu leka. Nanti apa-apa hal susah, di cuit orang ke apa-apa ke.. “ panjang juga syarahan emak.. hehehe
“ok ong gi ngan minah “ lega bila mak dah bagi green light..
Memang mak risau sebab perjalanan ke rumah sewa Nadia di Taman Melati tu jauh, kalau tidak berteman alamatnya tiada kebenaran lah dari “permaisuru agong” saya ini untuk saya keluar. Alhamdulillah adik saya Aminah sudi menemani saya..


Sampai di rumah sewa baru Nadia.. Allah lif rosak. Tengah dibaiki. Mata terbeliak juga, mana taknya, rumah sewa letaknya di TINGKAT 13 daripada 16 TINGKAT..Fuhh, memang tak cukup nafas mendaki anak tangga, rasa macam dah turun sekilo je hehehe .. Alhamdulillah pendakian berakhir juga di depan pintu rumah. Tapi kepenatan hilang berjumpa Farah Najihah dan Sofilla student IKIP Yarmouk. Gembira sangat, rasanya hamper setahun juga lah tidak bertemu Farah.

Jam 9.15 malam, saya, Nadia, Farah, Sofilla dan adik saya turun kerana seseorang sedang menunggu di bawah.. Wajah yang amat di rindui.. Mariam Sofiyah.. Kami bertemu kembali, pia kata dia nak belanja makan bila balik nanti dan inilah harinya. Sebenarnya taklah teruja dengan “tawaran” pia tetapi lebih teruja berjumpa beliau tambahan ada ole-ole special yang di bawanya ^_^

Alhamdulillah kenyang malam tadi, paling best dapat makan itik panggang. Kali pertama saya merasainya, em sedap juga.. malam itu Pia kata saya tak banyak cakap. Maaf pia, bukan tak mahu cakap banyak, tapi saya lebih selesa dan seronok menjadi pemerhati. Melihat celoteh rakan-rakan yang bertemu. Di tambah kehadiran kakak dan adik Pia yang turut sudi menemani Pia dan membawa kami ke tempat makan..

Sebelum pulang, Pia mengeluarkan sesuatu.. sebuah novel ::KOT PUTIH:: hasil karya mahasiswa perubatan dan pergigian Jordan. Tak sangka berjiwa seni juga doctor-doktor di sana.. Petang tadi saya membaca beberapa cerita di dalamnya, baca gitu-gitu je belum sempat menghadap betul-betul.. Namun, hati ini di cuit kerinduan yang amat terhadap bumi Irbid dan warganya.. Kisah-kisah yang di coret membuatkan saya tenggelam seketika di bumi Irbid.. 10001 kenagan kembali menjelma.. Kisah kehidupan dan pengalaman yang telah banyak mengajar saya agar menjadi Manusia berguna di bumi TUHAN, hamba yang ikhlas mencari keredhaan dan insane yang setia terhadap teman dan erti persahabatan..

Thanks a lot Pia..Ole-ole dan itik panggang yang memang sedap^_^. Tahniah kepada mereka yang terlibat dalam penghasilan novel KOT PUTIH.. kepada warga Irbid, hargailah dan syukurilah anugerah yang DIA berikan kepada kita. Bumi Irbid hentian sementara kita sebagai musafir yang cukup indah di bumi Ilahi ini, tidak semua dapat merentasinya. Carilah barakah di hentian ini sebelum kalian meneruskan perjalanan ke hentian seterusnya..

:: Alhamdulillah saya lulus semua subjek sem ini. Insya allah sem depan sudah mula mencari penyelia dan berbincang mencari tajuk Tesis yang sesuai. Kepada semua, teruskan berusaha dan berdoa. Allah tidak pernah 'penat' melihat kita berusaha dan berdoa ::

Tuesday, June 1, 2010

Iklan Penting !!!

assalamualaikum..

sekali lihat warnanya memang menarik.. kata orang kasutnya selesa, tapaknya lembut..Adik saya juga termasuk mereka yang membeli dan menggemarinya.. ya kasut Croks




Tapi AWAS.. Cuba perhatikan ini..




Anda dapat lihat dan nilai kan.. fikir la kembali.. betapa halusnya cara Golongan Yahudi dan bukan Islam menghina Islam..

Malam kelmarin saya dipanggil oleh makcik saya ke rumahnya (jiran sebelah je).. anak-anaknya menyuruh saya melihat lambang buaya pada kasut mereka. Pada mula saya tak faham apa yang mereka cuba buat, tapi bila diteliti lambang yang ada memang jelas, lebih2 lagi kasut croks mereka ni yang tiruan punya (ops kak ngah terbocor rahsia pulak) jadi lebih jelas lambang buaya yang diterbalikkan bertulis kalimah Allah sebenarnya dan tanda sabdunya juga jelas..

Saya balik ke rumah dan cuba melihat pada kasut adik saya (bezanya yang ini oroginal - katanya) walaupun kurang jelas tetapi tulisan kalimah Allah tetap jelas di tapak kasut tersebut..

Tiba-tiba terfikir, di pasar Stadiun Shah Alam, ramai pembeli kasut ini adalah Melayu yang beragama Islam.. Masya Allah..

apa yang mampu sekarang, kita sampaikan lah pada orang di sekeliling kita tentang apa yang berlaku.. Moga di masa hadapan kita lebih berhati-hati..

:: Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami yang menzalimi diri ini Ya Allah.. Peliharalah Agama dan Iman ini Ya Allah ::

~ alf mabrook 'alikum jamiaan ~

assalamualaikum..

alhamdulillah segala puji hanya layak bagiNya Tuhan Semesta Alam..



alf mabrook untuk tahun 6 perubatan di Jordan University Science&Technology, Iribid Jordan atau lebih famous dengan panggilan JUST.. Alhamdulillah penantian mereka selama 6 tahun diakhiri dengan kejayaan. Tahniah kepada ibu bapa mereka kerana dapat melahir dan mendidik mereka berjaya hingga ke saat ini.. Moga kejayaan demi kejayaan akan terus dikecapi..

Dan yang paling penting moga kalian membalas jasa ibu bapa kalian, seterusnya bersyukur dengan nikmat kejayaan yang diberi ini dengan menjadi doktor yang sangat sabar dan selalu tersenyum ok ^_^

buat sahabat-sahabat bidang pergigian JUST dan adik-adik di bidang fiqh usul, usuluddin,bahasa arab dan ekonomi islam di Universiti Yarmouk Irbid, moga kalian juga suksess ya.. insya allah amiin.. (mesti berdebar menanti keputusan finall ini kan, insya allah tawakkal kepadaNya setelah kalian berusaha )

Ia sebahagian episod kehidupan

assalamualaikum..

alhamdulillah, syukur dengan apa yang ada sekarang kerana ia nikmat yang cukup bermakna bagi kita sebagai hamba. Belum tentu lagi kita memiliki apa yang orang lain miliki dan belum tentu lagi orang lain memiliki apa yang kita miliki. Tapi ingat, ia hanya pinjaman, pemilik kekal hanya Dia. Jadi jangan marah, jangan kecewa, jangan menyesal, jangan nangis kalau Dia ambil semula sebab itu haqNya, kita hanya meminjam sahaja..Insya allah kita sama-sama ingatkan diri kita "si peminjam" agar tidak leka dan alpa kelak.

Seronok kan bila berjaya, bila keputusan cemerlang, bila kerja bagus, gaji tinggi dan mungkin bila dipinang orang (ni biasanya orang perempuan la, tapi orang lelaki pun ada jugak rasanya).. Gembira seronok bahagia .. itu salah satu episod kehidupan kita,alhamdulillah bagi mereka yang dapat melaluinya. Tapi jangan lupa bersyukur kerana tanpa izinNya tak bisa kita mengecapinya.

Suka duka, masam manis, pahit masin, tawar payau, inilah rencah kehidupan.. dan seperti roda kita akan berpusing, mengelilingi dan merasainya bila tiba pada wakt yang dijanjikanNya.. Inilah kitaran kehidupan kita dalam menjalani roda kehidupan..

semakin dewasa kita semakin berat rupanya cabaran yang dilalui. Mungkin dahulu saya tidak terfikir perkara ini.. Namun masa yang terus berlalu, waktu yang tidak pernah berhenti,akan mematangkan kita dan menyedarkan diri ini bahawa kita telah dewasa tetapi masih kurang bekalan menuju ke sana..





Sahabat yang baik, tazkirah, zikrullah.. Inilah sebahagian peneman dan penenang hati.. Justeru pilihlah sahabat yang sudi bersama kita susah dan senang, menerima kita seadanya, ceriakan diri mendengan tazkirah-tazkirah yang sentiasa akan menyegarkan iman kita, basahkanlah lidah dengan zikir padaNya walaupun ketika tidurmu, makanmu, jalanmu..



Moga hati-hati kita ini ditetapkan di jalanNya, moga mati kita nanti di dalam agamaNya, dan moga musafir kita di bumi ini menuju destinasi yang dijanjikanNya bagi orang-orang yang beramal solah dan melakukan kebajikan..amiin