Showing posts with label Aqidah dan Fikrah. Show all posts
Showing posts with label Aqidah dan Fikrah. Show all posts

Wednesday, March 25, 2009

FREEMASON : Ancaman Globalisasi Umat Islam

Assalamua'laikum..




Dunia semakin membangun, kemajuan teknologi semakin canggih, prasarana juga semakin inovatif. Namun, sejauh mana terbangunnya minda umat Islam, sejauh mana kehadapannya kita di pentas dunia, dan paling penting sejauh mana teguhnya aqidah kita merentasi gelombang ideologi-ideologi yang semakin menggoyahkan keimanan kita?


Sedar atau tidak musuh kita telah lama mengatur startegi mengorak langkah untuk menghancurkan Islam. Setelah tewas di dalam Perang Salib, King Louis ke-9 telah mengatur satu startegi baru. Umat Islam tidak bisa ditewaskan melalui peperangan senjata. Kekuatan dan semangat mereka yang kental amat sukar digugat. Satu persidangan diatur dan hasilnya mereka menemui senjata terbaru. Senjata yang kini telah hamir berjaya mengalahkan umat Islam. “Perang Saraf”.. itu senjata mereka. Banyak propaganda dan provokasi yang dilakukan terhadap agama yang dibawa oleh Muhammad S.A.W ini. Antaranya adalah gerakan Freemason.


Logo Freemason


Apa itu Freemason? Mungkin sebahagian kita pernah mendengar atau membacanya di mana-mana dada akhbar dan majalah. Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia , Freemason bermaksud sebuah organisasi social yang berasaskan persaudaraan di peringkat antarabangsayang muncul daripada asal yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17.. Biarpun melihat pada dasarnya ia sebagai sebuah organisasi social yang melakukan kerja-kerja kebajikan secara sukarela, sebenarnya tersembunyi disebalik gerakan ini, misteri dan mitos upacara ritual yang bertentangan dengan agama. Ulama’ Islam serta beberapa gereja di barat turut melarang penganut masing-masing menganggotai gerakan Freemason.


Antara falsafah Freemason : Agama yang boleh diterima oleh semua manusia, yang boleh membawa maksud agama yang dipersetujui oleh semua manusia… menjadi seorang manusia yang baik dan benar. Freemason berkembang di Amerika dan menjadi sebuah organisasi yang kukuh. Buktinya, George Washington , Presiden Pertama Amerika yang dilantik pada 30 April 1789 dikenali umum sebagai anggota Freemason, dan ramai lagi sebenarnya . Contohnya seperti Benjamin Franklin dan William Hopper.


Gambar G.Washington



Persoalannya sekarang, mengapa Freemason dikatakan menyebar agenda yang berbahaya terutamanya kepada umat Islam? Apakah matlamat sebenar pergerakkan ini? Apakah propaganda yang dibawa oleh gerakkan yang telah bertapak hamper 400 tahun ini?


Antara agenda rahsia mereka ialah membina kembali Kuil Haikal Sulaiman atau The Soloman Temple. Christopher Knight dan Robert Lomas – penulis buku – The Hiram Key ; Pharoas, Freemason and The Discovery of the Secret Scrolls of Jesus menyatakan pergerakan ini berasal dari pejuang-pejuang Salibiyyah yang bertujuan memelihara Kuil Haikal Sulaiman.


Mereka mempercayai bahawa perlunya membina kembali Haikal Sulaiman ini di Baitulmaqdis di atas tapak runtuhan Dinding Ratapan, tempat ibadat orang Yahudi dahulu. Tapak ini didakwa berada betul-betul di atas tapak Masjid Al-Aqsa sekarang ini.


Menurut seorang penulis buku Turki – Ancaman Global Freemason – Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Okhtar mendedahkan didalam bukunya bahawa Freemason membawa fahaman materalisis dan semua agama adalah sama. Malah falsafah mereka berdasarkan dewa-dewa kuno Mesir dahulu. Menurutnya lagi, Freemason bukanlah sekadar NGO biasa, tetapi ia membawa teras Ideologi Agama Universal dan menyebarkannya secara umum.


Kitab Masonic menjelaskan lagi perancangan mereka untuk mewujudkan satu agama universal untuk semua manusia di dunia ini. Masonic Ideology yang menerapkan pemikiran meterialisme dan juga pemahaman bahawa semua agama itu sama dimasukkan secara halus melalui media massa, sastera, filem-filem, muzik dan segala macam bentuk hiburan yang ada.


Freemason juga membawa ideologi Rasisme, Fasisme, Sekularisme, dan juga Komunis. Malah gerakan ini menjadi penyokong kuat Teori Revolusi Manusia atau Darwanisme yang terang-teranagan menolak kewujudan Tuhan dalam penciptaan manusia.


Benarkah Freemason bertapak di Malaysia??

Persoalan ini bermain-main difikiran selepas membaca majalah Mastika yang membawa isu Freemason ini. Menurut wawancara Mastika bersama Mohd Taib Haji Abbas, sukar untuk beliau meyakinkan betapa bahayanya Freemason ini kepada orang Melayu ketika itu kerana ramai yang tidak percaya, malah ada pemimpin yang pernah memperlekehkan isu Freemason yang dibawanya. Mohd Taib merupakan salah seorang pejuang yang menentang gerakan Freemason di Tanah Melayu sekitar tahun 1970-an hingga lewat 1980-an dan beliau ada menulis buku bertajuk “ Jatuhnya Kerajaan Freemason ”.


Menurutnya lagi, banyak bukti menunjukkan Freemason dalang kepada beberapa peristiwa. Contohnya, Kejatuhan Empayar Islam Turki, tumbangnya kerajaan Itali pimpinan Arnold Forlani di bawah tangan Freemason. Negara seperti Mesir, Libya, Pakistan, Arab Saudi dan Indonesia turut mengahramkan Freemason kerana terbukti gerakan ini bersekongkol dengan Zionis.


Gerakan Freemason ini turut melibatkan mereka yang berjawatan tinggi, VVIP, kerabat istana, menteri-menteri dan juga golongan berada. Ini mengukuhkan lagi paksi mereka dalam menjalankan misi mereka kerana mereka menguasai kekuatan politik dan ekonomi. Cara untuk memasuki gerakan ini sangat ekslusif. Tidak perlu mengisi borang atau memohon keahlian. Sebaliknya untuk menjadi ahli , mereka akan diberi undangan khas atau diajak sendiri oleh ahli Freemason.

Firman Allah s.w.t menyebut :
“ Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu " al-maidah : 3


Telah terbukti bahawa Islam satu-satunya agama yang diiktiraf di akhirat nanti. Justeru, Islam tidak wajar diterjemahkan sebagai satu ideology kerana ia wahyu dari Allah s.w.t . Islam bukan seperti fahaman Freemason yang dikatakan dibawa oleh tentera Salibiyyah. Islam juga bukan rekaan manusia seperti Karl Marx dengan Komunisme, Yahudi dengan Zionisme dan Hitler dengan Nazisme.


Apa tindakan Kita??


Sebagai Mahasiswa, golongan yang kononnya dikatakan sebagai ilmuan, seharusnya kita mempunyai perancangan tersendiri bagi menyelamatkan saudara seIslam kita. Jangan biarkan minda kita yang streotaip menyempitkan pemikiran bahawa hanya ustaz dan ustazah sahaja yang layak memberi teguran dan menyapaikan dakwah. Mengapa tidak kita mulakan?


Medan dakwah terbentang luas. Dari tempat kerja, kawasan perumahan, university mahupun sekolah, semuanya boleh dijadikan landasan dakwah Islamiyyah. Karya kartun, lagu-lagu berunsurkan jihad, seni reka yang berunsurkan kesenian Islam, penulisan artikel-artikel, penghasilan buku-buku ilmiah hatta blog-blog yang bermanfaat juga boleh diaplikasikan untuk kerja-kerja Islam.


Untuk semua mahasiswa, pekerja Muslim, kuasailah bidang anda sekarang. Wujudkan ruang dan peluang untuk kita sama-sama menjadi Muslim yang profesional dalam kerjaya serta cemerlang dalam ibadah dan dakwah. Apa guna teknologi di depan mata andai kita masih tidak cakne tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan sensitiviti umat Islam khusunya dan dunia amnya. Freemason mungkin salah satu agenda yang kita tahu. Namun, sejauh mana kita mengenali musuh kita? Adakah kita sedang melawan musuh dengan telinga yang pekak dan mata yang buta?


Saya juga kadang-kala terleka di medan perjuangan ini. Disinilah pentingnya kita berada bersama-sama teman dan berada didalam jemaah Islam. Kita menjadi cermin dan sentiasa memperingatkan tanggungjawab kita yang masih belum selesai. Membangunkan Khilafah Islamiyyah. Sama-samalah kita koreksi adakah kita sebenarnya sudah bersedia berhadapan dengan ancaman musuh Islam??

Wednesday, February 4, 2009

Jahiliyyah : Dulu dan Kini

Chapter 2

Jahiliyyah Moden

Antara Jahiliyah Moden yang diagungkan adalah SEKULARISME dan seluruh pecahannya seperti Rasionalisme, Materialisme, Liberialisme,dan sebagainya yang banyak dibincangkan oleh ahli-ahli aqidah dan falsafah serta pakar-pakar perbandingan agama (Comparative Religions)

Kita kini sedang menghadapi suasana yang sama seperti yang dihadapi oleh angkatan pertama umat Islam di permulaan lahirnya Islam. Manusia sesat dalam aqidah dan pemikiran. Mereka ragu-ragu terhadap kebenaran dan yakin terhadap kebatilan. Penzalim menjadi pemerintah. Orang-orang yang soleh tersisih dari masyarakat. Perkara ma’ruf dipandang munkar dan yang munkar dipandang ma’ruf. Ketagihan arak telah menjadi kebiasaan. Amalan riba telah sampai ke peringkat merampas harta orang lain. Keinginan kepada harta benda telah sampai ke peringkat tamak haloba. Kezaliman dan keras hati telah menjangkau kepada perbuatan menanam anak hidup-hidup.

Ciri-ciri seumpama di atas bukan sahaja wujud di zaman jahiliyyah, bahkan wujud juga di zaman moden ini. Oleh kerana ciri-ciri itu wujud di zaman ini, maka zaman ini juga disifatkan sebagai jahiliyyah atau Jahiliyyah Moden.


Strategi Musuh Islam Semasa

1) Menyeleweng erti kebebasan & persamaan. Antara persoalan & Syubhat yang sering dimainkan oleh musuh Islam :

  • Hak Persamaan wanita & lelaki (Isu saksi hudud & dalam hal harta, pemakaian, harta pusaka, hak Talaq, poligami, muslim boleh kahwin kitabiah tetapi tidak bagi muslimah, mengapa wanita tidak boleh kahwin ramai dalam satu masa)
  • Hak kebebasan beragama (Kritikan terhadap hukuman Murtad) Tuduhan Islam double standard ke atas non-muslim (Jizyah)

2) Meruntuhkan nilai moral dan penyebaran kejelekan akhlak.


3) Penyebaran ideology atheis dan falsafah kebendaan.

4) Merosakkan thaqafah Islam (Gerakan tasykik – meragukan maklumat Islam-Ghazwatul fikri )

  • Kononnya Islam disebar dgn mata pedang.
  • Tuduhan terhadap Rasul s.a.w dan isteri-isteri baginda.
  • Hasil2 Karangan dan penulisan oleh Oreintalis seperti Britannic Encylopedia, Islamic Encylopedia dan banyak lagi.

5) Penyebaran perisik di seluruh dunia, penyebaran fitnah dan pemberontakan bagi melemahkan kekeuatan negara2.


6) Penguasaan ke atas media massa, ekonomi & merosakkan sistem nilai & moral darinya.


Kesan serangan musuh Islam terhadap umat Islam kini.

a. Menjadi hamba kepada selain Allah, hubbun dunia. Mengejar kemewahan dan pangkat.

b. Umat Islam diperintah dalam urusan politik.

c. Tiada pelaksanaan hukum hakam Islam (terutamanya dalam sektor ekonomi, jenayah,
pentadbiran)menyebabkan kezaliman & penindasan berleluasa.

d. Mengutamakan aqal lebih dari nas (Jemu dengan aqidah dan nama Islam) dan uncul Ulama Jahat dan Dunia.

e. Takut terhadap musuh Islam dan keras terhadap mukmin yang menasihat.

f. Golongan Pemuda & Pemudi diambang kelalaian yang kritikal


Jatidiri umat Islam yang perlu ada untuk menentang musuh Islam

a. Iman yang mendalam & pegangan qidah yang teguh.

b. Amalan fardhu dan nawafil yang istiqamah serta terjaga.

c. Ketekunan dan kerja keras serta ta’awun dalam urusan dunia dan akhirat

d. Penguasan ilmu ukhrawi & duniawi (menyerang musuh dengan senjata mereka- ilmu sains& technologi)

e. Mengambil manfaat (ilmu,kemajuan,teknologi,strategi) dari semua pihak asal tidak bercanggah dengan syara’.

f. Sentiasa kembali kepada Allah terhadap semua kejayaan

Rasulullah SAW telah merawat segala penyakit kemasyarakatan dengan iman. Justeru itu ubat atau penawar iman juga perlu digunakan untuk merawat segala penyakit kemasyarakatan di zaman ini. Sekaligus, iman menjadi titik tolak ke arah pembentukan Ummah Islamiyyah dan tiada jalan lain lagi melainkan jalan ‘Aqidah atau Iman untuk membina kembali Ummah Islamiyyah. Jika di permulaan Islam dahulu Iman telah menjadi tenaga pembangunannya, Iman juga mesti menjadi tenaga pembangun di zaman ini. Wallahualam


p/s : artikel ini saya olah dari satu sumber.. tp dah lupa, insya allah kalau ingat saya maklumkan semula..

Tuesday, February 3, 2009

Jahiliyyah : Dulu dan Kini

assalamua'laikum..
Chapter 1

Jahiliyyah biasanya dikaitkan dengan keadaan bangsa Arab sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w . Namun, Jahiliyyah tidak hanya khusus pada zaman atau kaum tertentu sahaja, malah ia jua wujud di zaman moden ini kerana terdapat banyak unsur-unsurnya yang sama dan ada dalam zaman ini. Kita mendapati manusia hidup dengan berbagai macam bentuk Jahiliyyah yang berkembang sesuai dengan kepesatan pembangunan.

“Jahiliyyah” berasal dari perkataan جهل- يجهل – جهلا yang bermaksud jahil atau bodoh. Menurut Manna’ Khalil al-Qaththan Jahiliyyah ada 3 makna :
1. Tiada ilmu pengetahuan dan ini adalah makna asal.
Contohnya apabila kita tidak memahami teori matematik atau masalah Fiqh adalah orang yang jahil dengan kerana ia tidak mempunyai pengetahuan tentang sesuatu ilmu.

2. Meyakini sesuatu secara salah.
Contohnya orang yang meyakini bahawa mencuri atau membuat konsert amal untuk membantu anak yatim, atau membuka aurat tidak menjadi satu dosa.

3. Melakukan sesuatu yang menyalahi peraturan(syariat) atau tidak melakukan sesuatu dengan betul.
Contohnya orang yang meninggalkan solat tetapi tahu ia satu kewajipan atau melakukan kema’siatan adalah orang yang jahil, kerana ia melakukan sesuatu menyalahi syariat.

Bagaimana dikatakan Jahiliyyah?

1) Apabila seseorang itu jahil terhadap nilai-nilai Islam samada dari golongan professional, berada atau orang biasa.

2) Tidak mahu mengambil berat hal-hal berkaitan Islam dan memandang remeh terhadap perintah Allah. Ketika Musa a.s menyuruh kaumnya untuk mentaati perintah Allah agar mereka menyembelih Korban. Tetapi mereka memperlekehkan suruhan Musa a.s, “mereka berkata, apakah engkau mengejek kami hai Musa. Musa menjawab, aku berlindung dari orang-orang yang bodoh.” (al-Baqarah : 67)

3) Sentiasa melakukan perkara-perkara yang membawa keburukan.
Yusuf berkata: Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh. (surat Yusuf : 33)

4) Berprasangka buruk terhadap sesuatu. Ketika kaum Musyrikin menang pada Perang Uhud. Sebahagian kaum Musllimin menyangka Allah tidak menolong mereka dan timbullah anggapan bahawa Islam telah berakhir dengan kekalahan mereka. (Ali ‘Imran:154)

5) Jahiliyyah juga ditujukan bagi mereka yang menolak hukum Allah s.w.t. “Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” (al-Maidah: 50)

6) Bertabarruj atau berhias berlebih-lebihan.
Perbuatan ini jelas ditegah apabila ALLAH melarang isteri-isteri Nabi s.a.w bertabarruj.“dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu”. (al-Ahzab:33)

7) Angkuh adalah perbuatan Jahiliyyah sepertimana keengganan orang kafir Quraisy tidak mahu menerima tulisan Bismillah dan Muhammad Rasulullah dalam teks perjanjian Hudaibiyah. Ketika orang-orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan (yaitu) kesom-bongan jahiliyah lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mu'min dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat takwa dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.( al-Fath: 26)

8) Suka menghina dan mengejek orang lain adalah salah satu sifat dari sifat-sifat jahiliyyah.
Hadits dari Abu Dzar, ia berkata: “sesungguhnya saya mengejek seseorang dengan menghina ibunya, maka Rasulullah berkata padaku, “Hai Abu Dzar, apakah engkau menghina ibunya? Sesungguhnya engkau adalah orang yang mempunyai sifat Jahiliyyah” (HR.Bukharie-Muslim)

Terjemahan dan diolah semula dari : al-Hadits wa ats-Tsaqafah al-Islamiyah, Manna' Khalil al-Qaththan, al-Jahiliyyah al-Haditsah.

Refresh Iman Kita

assalamua'laikum..


Olahan dari artikel yang ingin saya kongsi bersama-sama..

Kesan Beriman Dalam Kehidupan Seorang Muslim

Mengetahui Iman dan rukun-rukunnya menjadi kewajipan kerana aplikasi dari memahami keimanan secara benar akan memberi impak secara langsung bagi kehidupan seseorang. Dalam kitab-Nya, Allah S.W.T banyak menyebutkan tentang hal keimanan:
“Rasul telah beriman kepada Al-Qur`an yang diturunkan kepadanya dari Rabbnya. Demikian pula orang-orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): ‘Kami tidak membeda-bedakan antara seorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya.’ Dan mereka mengatakan: ‘Kami dengar dan kami taat.’ (Mereka berdoa): ‘Ampunilah kami ya Rabb kami dan kepada Engkaulah tempat kembali’.” (Al-Baqarah: 285)

Allah juga menjelaskan bahwa keimanan adalah kurniaan-NYA yang diberikan berikan untuk Rasul-Nya, dalam firman-NYA:
“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al-Qur`an) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al-Kitab (Al-Qur`an) dan tidak pula mengetahui apa iman itu, tetapi Kami menjadikan Al-Qur`an itu dengan cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.” (Asy-Syura: 52)

Balasan orang yang beriman di dunia:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal shalih, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan ke dalam (hati) mereka rasa kasih sayang.” (Maryam: 96)

Balasan di akhirat:
“Dan orang-orang yang beriman dan beramal shalih, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.” (Al-‘Ankabut: 7)

Iman adalah agama. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah membagi agama menjadi tiga tingkatan. Dalam sebuah hadits, ‘Umar ibnul Khaththab radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Ketika kami duduk-duduk di samping Rasulullah s.a.w,tiba-tiba datang seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya sangat hitam. Pada dirinya tidak nampak debu-debu perjalanan jauh dan tak seorangpun di antara kami mengenalnya. Ia pun duduk di hadapan Rasulullah s.a.w dengan meletakkan kedua lututnya ke kedua lutut baginda sambil meletakkan dua telapak tangannya diatas paha baginda,lantas bertanya: ‘Hai Muhammad, beritahu aku tentang Islam.’ Rasulullah s.a.w menjawab: ‘Islam adalah engkau bersaksi tidak ada sembahan yang haq kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, dan puasa Ramadhan serta haji ke Baitullah jika engkau punya kemampuan untuk itu.’ Laki-laki itu berkata: ‘Engkau benar’.” (‘Umar berkata): “Kami merasa hairan kepadanya, ia yang bertanya namun ia juga yang membenarkannya. Selanjutnya dia bertanya: ‘Beritahu aku tentang iman.’ Rasulullah s.a.w menjawab: ‘Iman adalah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan beriman kepada hari akhir serta kepada takdir yang baik dan yang buruknya.’ Laki-laki itupun kembali membenarkannya. Kemudian dia bertanya: ‘Beritahukan kepadaku tentang ihsan.’ Rasulullah s.a.w menjawab: “(Ihsan) adalah engkau beribadah kepada Allah seolah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka Dia melihatmu’.” (HR. Muslim no. 93)

Hadits ini menerangkan tentang hakikat keimanan, yaitu beriman terhadap rukun-rukunnya yang enam dan untuk mendapatkan kemanisannya maka kita harus mengetahui makna-makna keimanan terhadap enam rukunnya ini.


Makna Beriman kepada Allah S.W.T.




Beriman kepada Allah adalah hubungan yang kuat antara manusia dengan Penciptanya. Hubungan itu tertanam di dalam hati, sementara hati adalah sesuatu yang berharga yang dimiliki oleh manusia, dan yang paling berharga dalam hati manusia adalah keimanan. Oleh sebab itulah, hidayah iman merupakan nikmat yang paling besar.
Allah berfirman:
يَمُنُّوْنَ عَلَيْكَ أَنْ أَسْلَمُوا قُلْ لاَ تَمُنُّوا عَلَيَّ إِسْلاَمَكُمْ بَلِ اللهُ يَمُنُّ عَلَيْكُمْ أَنْ هَدَاكُمْ لِلإِيْمَانِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِيْنَ
“Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah: ‘Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu. Sebenarnya Allah Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan, jika kamu adalah orang-orang yang benar’.” (Al-Hujurat: 17)

Tauhid Rububiyyah : Beriman bahawa Allah Maha Pencipta, Yang Menguasai dan Mengatur segala urusan, Menghidupkan dan Mematikan serta perbuatan-perbuatan Allah yang lainnya. Maka keimanan dalam Rububiyyah ini termasuk keimanan terhadap perbuatan-perbuatan secara umum, qadha dan qadar Allah serta terhadap keesaan Dzat-Nya.
Allah berfirman:
أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَاْلأَمْرُ تَبَارَكَ اللهُ رَبُّ الْعَالَمِيْن
“Ingatlah menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Rabb semesta alam.” (Al-A’raf: 54)

Tauhid Uluhiyyah : bermakna meyakini bahwa Allah tuhan yang haq, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dengan kata lain, mengesakan Allah dalam ibadah dan ketaatan.
Allah berfirman:
وَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيْمُ
“Dan Ilah kalian adalah Ilah Yang Maha Esa, tidak ada Ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.” (Al-Baqarah: 163)

Tauhid Asma` wa Sifat : adalah meyakini segala nama-nama-Nya yang paling baik dan sifat-sifat-Nya yang paling tinggi seperti yang tertulis dalam kitabnya.
Allah berfirman:
وَللهِ اْلأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوْهُ بِهَا
“Hanya milik Allah Asma`ul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asma`ul Husna itu.” (Al-A’raf: 180)

Kesan Beriman kepada Allah
Keimanan yang benar kepada Allah akan menumbuhkan rasa cinta yang kuat kepada-Nya dan mengagungkan-Nya. Ia juga akan melahirkan rasa khashiyah dan takut kepada-Nya serta selalu berharap kepada-Nya, yang kemudian mendorongnya untuk beribadah.


Makna Beriman kepada Para Malaikat
Asal perkataan malaikat adalah malak, dari kata Al-Alukah yang bermakna delegasi. Jamaknya adalah malaikat. (Shahih Al-Bukhari bi syarhil Imam Al-Kirmani, 1/194)
Iman kepada malaikat meliputi keimanan terhadap seluruh malaikat, baik yang diketahui nama dan tugasnya ataupun tidak. Serta mempercayai bahawa mereka adalah makhluk yang Allah yang diciptakan dari cahaya dengan tujuan agar beribadah kepada-Nya dan menjalankan perintah-Nya.
Allah berfirman:
وَمَنْ عِنْدَهُ لاَ يَسْتَكْبِرُوْنَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَلاَ يَسْتَحْسِرُوْن. يُسَبِّحُوْنَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ لاَ يَفْتُرُوْنَ
“Dan (malaikat-malaikat) yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada pula merasa letih. Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya.” (Al-Anbiya`: 19-20)

Kesan Beriman kepada Malaikat
Kita akan merasai keagungan Allah, kekuatan dan kekuasaan-Nya. Kebesaran yang ada pada makhluk adalah gambaran akan kebesaran Khaliqnya. Allah menugaskan malaikat untuk menjaga dan mencatat amalan manusia yang akan membuatkan kita berasa malu&sentiasa berwaspada terhadap perbuatan,percakapan&amalan kerana sentiasa diperhatikan. Selain itu sifat sabar&istiqamah mereka dengan perintah Allah mendorong kita untuk mencontohi mereka.

Makna Iman kepada Kitab Allah


Beriman bahwa semua Kitab turun dari sisi Allah , beriman kepada kitab-kitab-Nya yang telah diketahui namanya, seperti Al-Qur`an, Taurat, Injil, dan Zabur, mahupun yang tidak diketahui namanya. Serta membenarkan berita-beritanya, seperti pemberitaan dalam Al-Qur`an dan kitab-kitab sebelumnya yang tidak diubah maknanya dan menerima segala hukum-hukum yang telah diperintahkan dengan redho.

Kesan Beriman kepada Kitab-Kitab Allah
Seorang hamba akan semakin menyedari betapa besarnya perhatian Allah, sehingga Dia menurunkan kitab yang menjadi petunjuk bagi setiap kaum disamping mentaati perundangan yang tertulis didalamnya tanpa keraguan. Inilah impak terbesar dari keimanan kepada seluruh kitab-Nya, di samping hikmah yang nyata berupa syariat yang Allah tetapkan untuk setiap kaum sesuai keadaan mereka.
Allah berfirman:
“Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang.” (Al-Ma`idah: 48)


Makna Beriman kepada Rasul-Rasul


Bererti mengimani bahawa mereka adalah utusan Allah yang membawa risalah yang haq dan beriman kepada semuanya tanpa membezakan mereka serta membenarkan seluruh berita yang shahih yang telah mereka sampaikan, serta mengamalkan syariat Rasul (Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam) yang telah diutus kepada kita.

Kesan Beriman kepada Rasul Allah
Tanpa kehadiran seorang rasul, tak seorangpun di antara manusia yang mengetahui bagaimana cara menyembah&beribadat kepada Allah dan menuju jalan yang lurus. Keimanan kepada para rasul juga membuat seorang muslim menguatkan rasa syukurnya akan nikmat yang besar ini, karana ia mengetahui kasih sayang dan perhatian Allah kepadanya. Rasa cinta, pujian, dan sanjungan akan mengalir pada para rasul karena mereka adalah utusan Allah, beribadah kepada-Nya, menyampaikan risalah-Nya, dan penasihat bagi umatnya.


Makna Beriman Kepada Hari Akhirat
Beriman kepada hari akhirat : Bermakna meyakini dengan pasti bahawa hari akhirat itu haq dan tiada keraguan tentangnya.
Allah berfirman:
اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لاَ رَيْبَ فِيْهِ وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللهِ حَدِيْثًا
“Allah, tidak ada Ilah (yang berhak disembah) selain Dia. Sesungguhnya Dia akan mengumpulkan kamu di hari kiamat, yang tidak ada keraguan terjadinya. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?” (An-Nisa`: 87)

Kesan Beriman kepada Hari Akhir
Beriman adanya hari qiamat akan menjadi motivasi tersendiri bagi seorang muslim untuk lebih berusaha melakukan ibadah&amal soleh, untuk mendapatkan ganjaran syurgaNya. Azab siksaan dan ancaman akhirat juga membuat seorang muslim takut dan lari dari kemaksiatan di dunia. Kebahagiaan akan terasa didalam dirinya ketika ia mengingat hari akhirat sebagai kenikmatan dan perhiasan pengganti perhiasan dunia.


Makna Beriman kepada Qada' & Qadar



Bermaksud mengimani bahawa Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yang terang dan tersembunyi , segala ketetapan dan pelaksaan ketetapan itu yang telah ditentukan oleh Allah. Baik yang berkaitan dengan perbuatan-perbuatan-Nya atau perbuatan-perbuatan hamba-Nya.

Beriman bahawa Allah telah menulis semuanya di Lauhul Mahfudz, beriman bahwa seluruh yang terjadi di alam ini dengan kehendak Allah serta beriman bahwa semua yang ada di alam ini adalah makhluk bagi Allah. Dalil-dalil tentang hal ini banyak Allah S.W.T sebutkan dalam kitab-Nya.

Kesan Beriman kepada Takdir
Ketetapan Allah keatas makhluk-Nya pasti terjadi. Keimanan kepada takdir menuntut seorang muslim untuk bersandar diri sepenuhnya kepada Allah ketika melakukan suatu perkara dan tidak bersandar kepada perkara yang lain.

Seorang muslim tidak akan memiliki perasaan ujub tatkala mampu meraih apa yang diinginkan, kerana pencapaiannya itu hanyalah semata-mata nikmat dari Allah. Bahkan hatinya akan menjadi tenang dan redha apabila takdir Allah yang baik ataupun buruk menimpanya. Tidak akan goyah keimanannya apabila sesuatu yang disukainya diambil kembali dan menerima sesuatu yang dibencinya. Semuanya karena dia yakin bahwa itu terjadi dengan takdir Allah S.W.T