Sunday, July 8, 2012

impian bermula

assalamualaikum..
Hari ini hari pertama saya bertugas sebagai pensyarah part time full time di INTEC - International Education College di UITM Kampus seksyen 17, Shah Alam.. kelas akan bermula esok.. semoga semuanya berjalan lancar insya allah :)

Tuesday, January 10, 2012

assalamualaikum..




Ingat pesan Nabi,

فالعين تزنى وزناها النظر
واللسان يزنى وزناه النطق
والرجل تزنى وزناها الخطى
واليد تزنى وزناها البطش
والقلب يهوى ويتمنى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
(رواه مسلم والبخارى وأبو داود)


Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Pesanan yang paling penting untuk diri sendiri dan semua.. Terima kasih kerana Engkau menghadirkan sahabat yang membimbing dan menegur kesilapan sahabatnya..

... Ya Allah moga Engkau memelihara diri kami dari kelekaan dunia yang sememangnya menghiburkan manusia yang lalai ...

Sunday, January 8, 2012

2012 - yang baru bermula ^_^

Assalamualaikum..

alhamdulillah masih diberi nikmat iman dan Islam, masih diberi kesempatan hidup sehari lagi di muka bumi ini..

Tahun 2012 sudah bermula, segala yang baru bermula. Tahun 1433 Hijrah, usia juga semakin meningkat :)

Doa dan harapan semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ini, semoga amal kebajikan semakin bertambah, amal kejahatan semakin berkurang, semoga tahun ini dan seterusnya KEADILAN akan terus terbela, semoga ukhuwah Islamiah yang terbina akan terus berkekalan dan semoga usaha kita mendapat keredhaan Allah dan mencari Syurga-Nya akan terus istiqamah di jalan-Nya..

Kepada semua.. Semoga tahun ini juga lebih bermakna dan hidup sentiasa ceria dan bahagia..aamiin Ya Rabbal 'Alamiin:)