Friday, January 30, 2009

Dosa itu getaran Jiwa

Assalamualaikum
Satu kisah yang dikongsi oleh sahabat saya..

" pagi ini aku terlajak subuh, apalagi subuh dinasour la jawabnya. Dah lama tak terlajak ni, tak tahu la kenapa pagi ni boleh tak sedar alarm clock yang terletak 1 inchi je dari telinga. Dah macam orang tido mati la pulak. Tetapi aku rasa pelik time solat qadha' subuh pagi tu. Dada aku rasa sebak sangat,macam nak nangis. Rasa tak sedap hati,gelisah dan air mata lak tiba-tiba leleh.. haiya jadi minah leleh lak pagi-pagi ni.. aku tarik nafas jap. Pas tu aku sambung solat dhuha. Tapi hati aku still rasa sebak. Nak kat rindu kat mak tak de la pulak.. aku amek quran, baca. Sambil baca aku nangis lagi. Habis ngaji, aku termenung sekejap.. Memikirkan apalah dosa yang aku buat sampai aku terlajak subuh dan sedih semacam pagi Khamis tu..ke aku ada mengumpat orang semalam ek?? tiba-tiba aku teringat kata-kata pensyarah kat kuliyyah suatu ketika dulu.. "Dosa itu getaran dalam hati ".inikah yang aku sedang alami?? Aku koreksi kembali diri aku pagi itu dan menyedari benarnya kata-kata tersebut. Alhamdulillah aku masih diberi peluang yang mungkin belum tentu semua orang akan alami.. "


Pernah tak kita alami situasi macam sahabat saya diatas?? Beruntunglah bagi mereka yang masih diberi peluang oleh ALLAH untuk kembali ke jalanNya. Menyedari dosa yang dilakukannya. Sempat untuk memohon keampunan sebelum pintu taubatNya tertutup untuk kita. Hanya hati yang benar-benar suci dan ikhlas akan memperolehinya. Layakkah kita berada dalam gologan ashabul yamin?? Sejauh mana getaran hati ini bergetar berkadaran langsung dengan dosa kita??






Getaran dosa bukanlah getaran jiwa kita yang biasa. Dan kadangkala bukan semua orang dapat merasai getaran dosa ini. Andai getaran ini pernah hadir, ambil cakne. Jangan sesekali mengabaikannya atau memandang enteng kerana takut-takut jiwa ini tidak akan bergetar lagi sampai bila-bila.. sama-samalah kita berusaha untuk memperbaiki amalan. Jika benar kita mahu menjadi muslim mukmin muttqin, mujahadalah alam menentang musuh yang paling besar - HAWA NAFSU –

:: Salam mujahadah, salam kebangkitan jiwa ::

No comments: