Assalamua'laikum..
Petang ni rasa rindu sangat pada family di malaysia. Baru kelmarin berborak-borak dengan mak. Entah, ada sesuatu yang mengganggu pemikiran. Ada masalah bersarang di dada.. Barangkali ini juga perasaan sahabat-sahabat yang turut mengembara di bumi illahi ini..
Rindu, kangen.. Tiba-tiba saya merasai sesuatu. Dah besar rupanya aku. Dah nak habis belajar. Kehidupan baru mula menanti. Bila memikirkannya, saya jadi takut kadang-kala untuk menghadapi masa depan.. Masa depan yang perlu dirancang dengan teliti, kerana ia tidak boleh di ulangi kembali andai diri tersilap mengatur kaki..
Banyak perkara yang saya fikirkan.. Takut untuk berjauhan lagi dengan mereka.. Tapi yang pasti saya menyedari satu perkara.. Ayong, atin, minah dan Shakir benar-benar merindui saya di sini.. Benarlah kata orang, bila berjauhan pasti ada rasa rindu. Dulu mungkin rasa macam kelakar nak ucap " I miss U " kat abah, emak dan adik beradik yang lain. Tapi jarak yang memisahkan menyebakan diri tidak lagi rasa kekok untuk mengucapkan sayang pada mereka yang tersayang..
Saya mengimbas kembali saat sebelum mengembara di bumi anbiya' ini..
" Abah, nak pilh mana ni? nak pilih joden ke nak pilih Uia? "
" Ikut suka la ngah. Mana-,ana pun boleh. Kalau gi joden pun, nadia ada kan? boleh buat kawan.."
Malam itu saya berfikir panjang. Tarikh kemasukkan ke matrik UIA semakin hampir. Mana satu yang nak pilih ni.. Akhirnya, Jordan yang saya pilih..
Jordan bukan pilihan hatiku. Sebenarnya saya mendapat tawaran ke UIA dahulu. Namun, abah yang membuat keputusan. Walaupun tanpa paksaan, tapi saya memahami isi hatinya. Abah punyai impian. Mahu melihat anak-anaknya berjaya. Kami bukan keluarga senang. Dari kecil abah bekerja 16 jam sehari. Di kilang tayar Goodyear di Shah Alam. Kadang-kadang susah sangat nak jumpa abah. Pergi kerja 6.30 pagi, balik jam 11 malam.. Sekarang di usianya 51 tahun abah masih bekerja.. Dikilang yang sama. Jawatan yang sama..
Shafak Ahmad bin Jamaldin.. Ini abahku.. Besar sungguh jasanya pada kami adik beradik. Memang tak terbalas jasanya hingga ke syurga nanti. Alhamdulillah. Bertuah sungguh mak bersuamikan abah. Abah... angah rindu sangat..
Leteran Mak amat ku rindui..
" Angger wong ngomong orak gugu, arek jadi opo to. Degil bangat "
" Gusti ala.. Adik beradik orak kenek apik-apik yo.. arek gaduh waei.. sok-sok angger mak wes mati sopo to arek boco doa karo mak!! " (paham ke??!!)
inilah leteran kami adik beradik andai "radio" mak telah berbunyi =) pastinya bahasa yang asing itu akan keluar dari mulut mak.. em biasanya, bila bahasa ibunda ni dah keluar tandanya mak dah marah sangat.. kadang-kadang sakit juga telinga menahan kepedasan kata-kata mak ni.. tapi nak buat macam mana.. Dah sendiri buat silap, tanggunglah sendiri..
Mak memang garang. Padanlah dengan anak-anaknya yang degil-degil belaka ni.. Tapi inilah yang mendewasakan kami. Ketegasan dah cara hidup sederhana yang diterapkan dalam diri kami. Kami sering diajar satu perkara.. Bukan semua yang kami nak akan mak dan abah tunaikan. Mak nak kami belajar. Terima apa yang ada..
Atin pernah menangis sebab mak masak lauk sayur bening ngan ikan masin je. Dia sanggup tak makan. Katanya lauk tak sedap. Masa tu mak tak layan. Kata mak, orang merajuk lapar nanti. Mak pun mulalah membuka diari kehidupannya bersama Yoyot (moyang) dahulu.. Lebih susah dari kami. Sepatutnya kami beruntung, tak pernah kena cari makan sendiri. Dapat belajar, rumah yang selesa. Tak macam mak. Belajar sampai darjah 4 je. Tak ada duit belanja. Pergi sekolah pun jalan kaki..Kasut pun kasut plastik je..
Inilah mak ku.. Musriah Bt Ramli.. Dia kebanggaanku.. Tiada insan dapat menggantikannya.. Sungguh, saya rindu untuk mendengar leteran mak..
Alhamdulillah.. Kedua-duanya masih ada. Beruntung kan. Kita yang masih ada ibu dan ayah ni. Tapi kenapa sukar untuk kita mengucapkan kata sayang pada mereka.. Selagi ada masa, lafazkanlah kata sayang pada mereka yang anda sayangi..
Mak.. Abah.. Angah rindu sangat.. Ayong, Atin, Minah dan Shakir nanti kita gi jalan sama-sama ek. Pas angah grad.. Terima Kasih Ya Allah menganugerahkan rahmat kasih dan sayamg mu pada kami sekeluarga.. Rahmatilah keluarga kami..
16 comments:
Bahagia..
Seluruh semesta
Bermula dari keluarga...
Dari titisan susu ibu tercinta
Mengalirlah sungai kasih abadi...
Tumbuh dari keringat ayah..
Kita perah pengorbanannya
Yang melimpah
Derai air matanya mengalir
Ibarat kita membina cita-cita
Rentaslah seribu lautan
Kembaralah ke seluruh alam
Takkan kautemui
Semurni cinta
Keluarga
Langkah remajamu ditusuk sembilu
Kembara dewasamu diarus nafsu
Ingatlah pesan ibu
Kenanglah pesan ayah
Kembalilah ke jalan Allah
Sayangi keluarga
Di situlah bahagia...
-NOWSEEHEART-
Semenjak dua menjak ni
akak memang suke benor dengor lagu ni
homesick yang menjadi2
windunye kat parents....
"...make them laugh as you made them weep.."
terima kasih kakak ishi (hehe ada nama manja pulak.. ) insya allah.. kita cuba membahagiakan mereka.. akak juga sama..
kt gmbar ni k.ecot tgh tulush...skrg ni??hik3=)
salam ahiasah. huu..sedih kan. mcm ni lah kita rasa time kakak nk kawin dlu..waa..sedih gile. siap merajuk ngan ayah lg..yelah, membesar jarak jauh, tup2..baru tau rupanya dlm tempoh kursus utk ke jordan hrtu la saat akhir bermanja ngan dia..blk ni mmg rasa nk kejar sana sini ngan adik2 smntara masih sebumbung ngan mak ayah.. tiap kali adik2 esp mujahid sebut "kak ngah, rindulah.." pasti rasa nk mengalir air mata..sob2x..
sedih..teringt family gak..bru je smlm kol mesia..tp dpt ckp ngn mak n abah jer..adik2 kt asrama..yg sorng kt umah tu dh tido..hehe..dlu sblm flight cni mk kte ad ckp..tp x ckp kt dpn2 kte..ckp dpn kwn2 mak n makcik2 kte..
"klu kakak pi jordan,hilanglah kawan ak nk bergaduh"..dengr je ayat tu nk sebak dada ni..
besar pengorbann mak ngn ayah..tp kte ni x tau dpt ke kte bls sumenyer??kte nk jd macam akk..cemerlang dlm bnyk perkara..mge kte sume dpt bls jasa diorg..
to lavender purple.. akak tak de la dalam gambar ni.. gambar tu masa kakak akak grad dari UITM melaka.. akak kat sini dah masa tu..
betul tu nad.. mungkin ini yang diaorang rasa kan.. rasa kehilangan.. em, sedih kan bila tgk kakak kahwin.. tu lah, orang berangan seronok la.. tp bila hadapi realitinya, sedih dan takut rupanya..
to anonymus..
insya allah awak pasti jadi anak yang baik.. jadi lebih baik dari akak.. kata mak akak : " family kita tak kaya, tak ada harta yang nak dibanggakan. tapi harta mak anak-anak.." so, kita blajar rajin2 ek walaupn kadang-kadang malas sikit.. hehehe
jowo upenyer! :)biase la..kerinduan menyuntik semangat...
merentas benua dan lautan mengajar erti hidup berdikari
dan kematangan yg x ternilai turut diperolehi...sabarlah...kejap lgi pijak lah kaki tu kat bumi malaysia
to arulz & atul.. benar, kejauhan menjadi satu motivasi untuk berjaya.. pengalaman hidup yang tidak ternilai diterima. Lahir sebagai anak satu anugerah dari Allah.
Time kasih atul datang blog kita.. hehehe nanti kita jumpa ek..
rindu jugak kat family d msia, ahiasah, yang mana satu awak eh kat gambar ni, ke memang takde?hehe, tak cam plak..neway nice entry..keep moving!^_^
Wanita sangat emo apabila berbicara soal keluarga. Mengapakah?
Orang kata, masuk saja alam universiti, anak perempuan pada hakikatnya sudah terpisah dengan keluarga.
Mungkin sebab ini mereka emo?
Haha.
kak farah.. kita tak de dlm gambar tu.. kita dah kat sini masa tu.. hehe
bila berbicara tentang keluarga, bukan perempuan sahaja yang emo, leleki pun ada juga. Cuma ego nak tunjuk.
entah, terpulang nak describe bila masanya seseorang perempuan itu benar2 terpisah dari keluarganya. Mungkin secara zahir apabila dia telah berkahwin.. Hakikatnya, kasih sayang dalam hati tetep berkekalan..
wow! wanita sangat emo apabila berbicara soal keluarga. apakah soalan ini??
mungkin anak lelaki memang kurang memahami. dalam emel terakhir kak long sebelum diijabkabulkan, kak long cerita bahawa dia pernah bertanya kepada bakal suaminya : "nape ek, orang perempuan ni, puas mak ayah jaga, tapi bile dah besar, kena bagi ngan orang?" abg ikhwan diam.
apakah kasih dan sayang anak lelaki terhadap keluarga kurang berbanding anak perempuan yang mementingkan keluarga dari segala2nya? -hmm taktau, jawab la sendiri-
orang perempuan rajin berfikir tentang masa depan dirinya (yeke?). lebih2 lagi berfikir tentang apa yang akan terjadi selepas berkahwin. waa, mungkin kerana itu sayang keluarga amat meluap2 semenjak kecil..kerana tahu suatu masa nanti, dirinya perlu taat suami lebih dari ibubapanya sendiri...(walaupun orang kata, jaga sorang anak perempuan lebih susah dari bela 10 ekor lembu!)
(hairan melihat wanita yang sangat gembira dan hanyut dengan cinta..perkahwinan itu menyedihkan kata kak long. tapi hidup perlu diteruskan..)
Post a Comment