Wednesday, June 3, 2009

mari menebas ^_^

assalamualaikum..

Lama rasanya tak pijak tanah.. apatah lagi bekebun.. maklumlah, duduk di rumah tak berlaman dan berpokok, tak ada lah daun-daun kering yang nak disapu.. yang ada cuma pokok zaitun dan limau je dibelakang rumah..

pagi ni ada saya dan kak aimi menyertai adik-adik rumah Insyirah menebas lalang di laman rumah mereka yang dah macam hutan belukar rupanya.. Mengisi masa cuti, lagipun dapat juga mengeluarkan peluh.. Sambil-sambil bersenam ;) hehehe

Seronok rasanya.. terasa macam berkebun di kampung-kampung je.. ditambah celoteh adik-adik yang macam nenek-nenek ni, terhibur rasanya.. Tapi kelakar pun ada, maklumlah, rumah ditepi jalan menjadi tumpuan kereta lalu lalang.. ada yang pelik melihat kami bergotong-royong...biasalah pelajar malizi menjadi tumpuan lebih-lebih lagi dengan "aktiviti" menebas lalang di depan rumah..

Lepas ni tak payahlah nak upah pak cik arab tebas semak depan rumah ni.. Adik-adik Insyirah ni semuanya berbakat jadi tukang kebun dah hehehe jangan marah ek, akak gurau je.. Kata shafiqah " akak ni orang nak balik ada kenagan best-best, akak ni pergi menebas lalang pulak " .. saya membalas " tak pelah, tebas lalang, bakar sampah ni pun kenangan jugak.. bukan semua orang dapat pun kan"

alhamdulillah cerah lah sikit laman rumah insyirah.. sakit luka terkena duri, panas membakar sampah dan gatal-gatal tangan mula terasa bila semuanya dah selesai..biasalah tu, adat berkebun.. apa pun, seronok tetap ada, dan paling penting kenangan manis bertambah di dalam diari kembara saya di jordan..

2 comments:

cik santun said...

salam kak ecot..

terima kasih ya berkhidmat masyarakat bersihkan laman rumah yang sebelum ni namanya ghobah soghirah, kini dh ubah jadi hadiqah.. hihi..

boleh la pasni, kita main kejar2 bawah ni, hidang kopi kt tangga macam rumah kampung2 tu..

terharunya akk ngn kak aimi tlg sekali, tangan tercucuk2 duri, ish2, kang nk sarung cincin calar2 pula, =P, kene pakai sarung tangan.. hihi..

kesimpulan, kalau dah sebati dengan menebas, kene kawen ngn beruk, kasi duk dalam hutan, menebas hari2, hahahaha..

yang pasti ku merindui saat kita bersama2, sop3...

alhanin said...

waa'laikumsalam cik santun..

amboi-amboi nak suruh akak dok hutan ke?? ala calar-calar tak apa, tanda orang rajin tu, senang mak mentua nak tahu ( yelah tu) huhuhu

ala nak main kejar-kejar panas-panas ni susah lah.. nanti gelap pulak bila balik.. ish2 tak mo2 hehehe

insya allah memori berasama adik-adik sentiasa aka simpan di dalam kotak memori selamanya..

akak tunggu cik santun tahun depan kat malaysia ek..