Tuesday, June 1, 2010

Ia sebahagian episod kehidupan

assalamualaikum..

alhamdulillah, syukur dengan apa yang ada sekarang kerana ia nikmat yang cukup bermakna bagi kita sebagai hamba. Belum tentu lagi kita memiliki apa yang orang lain miliki dan belum tentu lagi orang lain memiliki apa yang kita miliki. Tapi ingat, ia hanya pinjaman, pemilik kekal hanya Dia. Jadi jangan marah, jangan kecewa, jangan menyesal, jangan nangis kalau Dia ambil semula sebab itu haqNya, kita hanya meminjam sahaja..Insya allah kita sama-sama ingatkan diri kita "si peminjam" agar tidak leka dan alpa kelak.

Seronok kan bila berjaya, bila keputusan cemerlang, bila kerja bagus, gaji tinggi dan mungkin bila dipinang orang (ni biasanya orang perempuan la, tapi orang lelaki pun ada jugak rasanya).. Gembira seronok bahagia .. itu salah satu episod kehidupan kita,alhamdulillah bagi mereka yang dapat melaluinya. Tapi jangan lupa bersyukur kerana tanpa izinNya tak bisa kita mengecapinya.

Suka duka, masam manis, pahit masin, tawar payau, inilah rencah kehidupan.. dan seperti roda kita akan berpusing, mengelilingi dan merasainya bila tiba pada wakt yang dijanjikanNya.. Inilah kitaran kehidupan kita dalam menjalani roda kehidupan..

semakin dewasa kita semakin berat rupanya cabaran yang dilalui. Mungkin dahulu saya tidak terfikir perkara ini.. Namun masa yang terus berlalu, waktu yang tidak pernah berhenti,akan mematangkan kita dan menyedarkan diri ini bahawa kita telah dewasa tetapi masih kurang bekalan menuju ke sana..





Sahabat yang baik, tazkirah, zikrullah.. Inilah sebahagian peneman dan penenang hati.. Justeru pilihlah sahabat yang sudi bersama kita susah dan senang, menerima kita seadanya, ceriakan diri mendengan tazkirah-tazkirah yang sentiasa akan menyegarkan iman kita, basahkanlah lidah dengan zikir padaNya walaupun ketika tidurmu, makanmu, jalanmu..



Moga hati-hati kita ini ditetapkan di jalanNya, moga mati kita nanti di dalam agamaNya, dan moga musafir kita di bumi ini menuju destinasi yang dijanjikanNya bagi orang-orang yang beramal solah dan melakukan kebajikan..amiin

No comments: