Wednesday, June 16, 2010

Kot Putih.. buah tangan dari bumi Irbid..

assalamualaikum..

Lama tak bertemu, rindu yang amat pada sahabat-sahabat ini.. Bagaimana agaknya rupa mereka, makin kurus atau maintan je ^_^.. Di dalam train, saya mengimbas kembali kenangan saya sewaktu menuntut di Jordan dahulu.. Bulan Jun 2009 dahulu bulan keramat buat kami kerana berakhirnya penantian kami selama hamper 4 tahun di sana. Bulan yang cukup indah apabila dikelilingi teman-teman sewaktu hari konvokesyen kami..


“ Nak pergi naik train? Sorang-sorang? “ Tanya emak kepada saya.
“ Em sape nak teman? “ jawab saya, em takut juga kalau-kalau emak tak bagi pergi.
“ Mak kasi pergi, tapi biar Minah ikut. Awak tu bukannya boleh jalan sorang-sorang, selalu leka. Nanti apa-apa hal susah, di cuit orang ke apa-apa ke.. “ panjang juga syarahan emak.. hehehe
“ok ong gi ngan minah “ lega bila mak dah bagi green light..
Memang mak risau sebab perjalanan ke rumah sewa Nadia di Taman Melati tu jauh, kalau tidak berteman alamatnya tiada kebenaran lah dari “permaisuru agong” saya ini untuk saya keluar. Alhamdulillah adik saya Aminah sudi menemani saya..


Sampai di rumah sewa baru Nadia.. Allah lif rosak. Tengah dibaiki. Mata terbeliak juga, mana taknya, rumah sewa letaknya di TINGKAT 13 daripada 16 TINGKAT..Fuhh, memang tak cukup nafas mendaki anak tangga, rasa macam dah turun sekilo je hehehe .. Alhamdulillah pendakian berakhir juga di depan pintu rumah. Tapi kepenatan hilang berjumpa Farah Najihah dan Sofilla student IKIP Yarmouk. Gembira sangat, rasanya hamper setahun juga lah tidak bertemu Farah.

Jam 9.15 malam, saya, Nadia, Farah, Sofilla dan adik saya turun kerana seseorang sedang menunggu di bawah.. Wajah yang amat di rindui.. Mariam Sofiyah.. Kami bertemu kembali, pia kata dia nak belanja makan bila balik nanti dan inilah harinya. Sebenarnya taklah teruja dengan “tawaran” pia tetapi lebih teruja berjumpa beliau tambahan ada ole-ole special yang di bawanya ^_^

Alhamdulillah kenyang malam tadi, paling best dapat makan itik panggang. Kali pertama saya merasainya, em sedap juga.. malam itu Pia kata saya tak banyak cakap. Maaf pia, bukan tak mahu cakap banyak, tapi saya lebih selesa dan seronok menjadi pemerhati. Melihat celoteh rakan-rakan yang bertemu. Di tambah kehadiran kakak dan adik Pia yang turut sudi menemani Pia dan membawa kami ke tempat makan..

Sebelum pulang, Pia mengeluarkan sesuatu.. sebuah novel ::KOT PUTIH:: hasil karya mahasiswa perubatan dan pergigian Jordan. Tak sangka berjiwa seni juga doctor-doktor di sana.. Petang tadi saya membaca beberapa cerita di dalamnya, baca gitu-gitu je belum sempat menghadap betul-betul.. Namun, hati ini di cuit kerinduan yang amat terhadap bumi Irbid dan warganya.. Kisah-kisah yang di coret membuatkan saya tenggelam seketika di bumi Irbid.. 10001 kenagan kembali menjelma.. Kisah kehidupan dan pengalaman yang telah banyak mengajar saya agar menjadi Manusia berguna di bumi TUHAN, hamba yang ikhlas mencari keredhaan dan insane yang setia terhadap teman dan erti persahabatan..

Thanks a lot Pia..Ole-ole dan itik panggang yang memang sedap^_^. Tahniah kepada mereka yang terlibat dalam penghasilan novel KOT PUTIH.. kepada warga Irbid, hargailah dan syukurilah anugerah yang DIA berikan kepada kita. Bumi Irbid hentian sementara kita sebagai musafir yang cukup indah di bumi Ilahi ini, tidak semua dapat merentasinya. Carilah barakah di hentian ini sebelum kalian meneruskan perjalanan ke hentian seterusnya..

:: Alhamdulillah saya lulus semua subjek sem ini. Insya allah sem depan sudah mula mencari penyelia dan berbincang mencari tajuk Tesis yang sesuai. Kepada semua, teruskan berusaha dan berdoa. Allah tidak pernah 'penat' melihat kita berusaha dan berdoa ::

4 comments:

ainshams said...

salam ziarah..
hehee, buat2 terkejut tak masa Piya kasi Kot Putih tu?? haha..sorry Piya, dah TER-bocor rahsia.. apesal tak pesan yg Piya nk wat surprise kat cik esah&nad..

jage diri leklok yer cik esah.. doakan kitorg, setahun lagi ni insya Allah..

ishikawa said...

assalamualaikum
shaaah...waa.. rindu nyer kat awk..
adik akk kate dia ade jumpe awak..

kenal tak adik akk sape..?

sempliciotto said...

salam sis! terdetik nak m'klik, terbaca tajuk entry tanpa terperasan empunya blog.

bila baca, wah, ini belog kamu!

rindu!

awak jd makin pendiam? jejak langkah ilmuan memang begitu. apatah lagi sunnah rasul menyeru :) bagusnya.. makin rindulah akak pada kamu

iAllah, till we meet again - live!

all the best for your thesis-writing :)

alhanin said...

to akak sempliciotto..
hihihi pengalamn mendewasakan kita kan, dugaan kehidupan mematangkan kita. kadang2 kita temui titik perubahan dalam hidup ini.. anyway, ni akk yang mana satu, hihihi maaf bertanya sebab nama tidak dijelaskan ^_^

to kak ishikawa yang cute..
emm adik akak siapa ye?? tak bgtau mana la saya tahu siapa dan yang mana ^_^

to akak ain..
insya allah saya jaga diri leklok.. akk pun sama juga.. selamat berjuang di tahun 6 nanti..