Saturday, February 21, 2009

:: Kaf-Ba-Ra-Kaf-Alif-Ta-Nun ::

assalamua'laikum..

Alhamdulillah jadi juga Liqa' Naqibat semalam.. seronok tengok naqibah2 semua semangat kembali dalam menjalankan misi membawa dakwah umum kepada warga PERMAI. Berjaya juga capai hadaf dengan modul yang datang secara spontan tu..petang semalam, hujan lebat, barangkali hujan rahmat ;) petang tu tak banyak "membebel" dari selalu.. Cuma follow up keje-keje & homework naqibah ni.. Alhamdulillah semua dah pernah buat perjumpaan..

Petang tu jugak tak la ready nak bagi pengisian.. Tapi tiba-tiba buka bab "KEBERKATAN".. Sebelum liqa' bermula saya suruh semua naqibah yang bersolat pastikan diri dalam keadaan berwudhu'. Yang tidak berwudhu', saya minta mereka berwudhu' terlebih dahulu sebelum majlis dibuka.. Mungkin ada yang pelik, liqa' je, kenapa nak berwudhu'-wudhu' pula. Saya terangkan, saya ingin mencari keberkatan.. Berhadapan dengan pembawa risalah dakwah tentu sahaja mengharapkan mereka diberi kekuatan dan keberkatan dalam usaha mereka..

"KEBERKATAN" perkara yang kadang-kala kita pandang remeh.. Berapa ramai diantara kita sentiasa melazimi diri berwudhu' setiap kali keluar dari rumah?? Sebelum ke Muhhadharah di Jamiaah?? Doa agar keberkatan wudhu'&doa keluar dari rumah yang dibaca dapat melindungi diri di luar. Lagi-lagi di Irbid ni macam-macam kes dah terjadi..

Sekolah dulu-dulu pernah jadi ketua kelas.. Tugas harian " Bangun semua, selamat pagi cikgu" (baca nada Ehsan dalam upin ipin hehehe) pas tu baca doa ramai-ramai.. Tapi sekarang di jamiaah, situasi itu dah tak ada lagi. Kang buang tebiat pulak bagi salam sorang-sorang. Tapi kenapa bacaan doa itu tidak lagi dipraktikkan kini?? Sedar atau tidak, mungkin kerana keberkatan doa kita baca sebelum mula kelas itu menyebabkan kita mudah belajar, mudah faham & jadi pelajar yang agak bijak la dalam kelas.. Kerana keberkatan doa itu jugalah kita jadi pelajar yang menyenangkan hati guru.. Kerana keberkatan baca doa untuk mak-abah juga menyebabkan kita jadi anak yang tak degil,senang dengar cakap.. Cuba kita cari kembali dimana keberkatan itu kini..

BLOG.. alhamdulillah ramai sahabat dah ada blog. Sebelum mula membuat blog, selalu tanya pada diri.. Nak ada blog untuk apa ek?? Suka-suka, ikut orang?? Akhirnya dapat hadaf, nak sampaikan sesuatu yang bermanfaat. Tapi betul ke nak dapat pastikan semua yang disampaikan bermanfaat?? OPSS!! kena jawab sendiri tu.. Berapa ramai diantara kita setiap kali menulis post memastikan dirinya sentiasa berwudhu'?? Sekadar koreksi bersama.. Moga-moga dengan keadaan kita berwudu' ini, ada keberkatannya. Boleh melembutkan hati-hati pengunjung blog kita.. Moga-moga dengan keberkatan wudhu' dan penulisan kita dapat membuat pembaca lebih taqarrub ila ALLAH..

Sama-samalah kita mencari kembali keberkatan yang mungkin kita pernah perolehi suatu ketika dahulu..

Untuk semua Naqibah-naqibah MEKAP PERMAI, saya doakan kalian semua berjaya menghadapi latihan yang berbaki beberapa bulan ini lagi.. Moga-moga hasil kejayaan yang diperolehi bisa membuatkan kalian terus berada di jalan ini..

:: Sampaikan dari hati, ia akan jatuh ke hati ::

Sunday, February 15, 2009

1001 kata untuk PERTAMA '09






1001 perasaan tak tergambar untuk PERTAMA. Hebat!! Tahniah dan syabas diucapkan untuk semua ajk yang terlibat bagi menjayakan PERTAMA atau singkatannya Persidangan Tahunan Mahasiswa SeJordan kali ketiga. Alhamdulillah kematangannya semakin menyerlah. "Ke arah kematangan mahasiswa Muslim " itulah tema kali ini.. Bertepatan dengan temanya, isu2 yang dibawa juga turut menunjukkan kematangan mahasiswa Jordan untuk mempersiapkan diri untuk terjun ke dalam masyarakat..

Walaupun pelbagai kontroversi dan halangan yang datang, namun ia tetap dapat diatasi. Mungkin inilah berkatnya jika kita benar-benar bekerja Lillahi taa'la.. Apabila niat untuk bekerja dipaksikan untuk Allah taa'la, insya Allah Dia pasti memudahkan segalanya.. Alhamdulillah kita dapat bersama-sama menghadapi Ibtila' wa Imtihan mina ALLAH ..


FEMINISME & Islam - Huraian satu ideologi ciptaan




Isu pertama yang dibentangkan menyedarkan kita semua betapa pentingnya kita mendalami hukum-hakam lelaki dan perempuan bagi mendepani golongan-golongan yang terpesong seperti SIS (sister in Islam) Paling penting isu ini benar-benar menyedarkan mereka yang memahami agama untuk bertindak.. Berhadapan dengan SIS berdialaog,berhujah dan memahamkan kembali konsep Islam dan haq-haq wanita yang sebenar menurut Islam.. Bersediakah kita?? Tahniah diucapkan kepada Naib Presiden MPPM kak Faezza Mohtar dan Timbalan Bendahari MPPM Rabiatul adawiyah latif atas pembentangan yang mantap ;)


IFC dan Tuntutan Kebebasan Beragama - Suatu provokasi khayalan??


Isu kedua dibentangkan oleh saudara Husaini pelajar tahun 2 perubatan dari Mesir. Meskipun usianya muda namun beliau cukup matang berbicara. Realiti yang dibawa membuka mata saya. Benarkah kita bersedia untuk terjun ke dalam bidang dakwah apabila pulang nanti?? Berapa ramai graduan agama yang sanggup memilih profession sebagai pendakwah untuk menjadi agen pengubah masyarakat?? adakah cukup cita2 sekadar mengajar Pendidikan Islam disekolah, pulang kerumah dan esok kembali ke sekolah seperti biasa..
Non-Muslim perlukan pendekatan daei yang berhikmah. andai diberi masa 2 minit untuk nerkata tentang Islam apa yang akan kita huraikan ?? Sabah&Sarawak mengalami masalah murtad yang agak rumit. Tenaga2 Daei amat diperlukan disana dan juga di semenanjung. INI tanggungjawab yang tergalas dibahu saya dan rakan-rakan. Sama-sama kita berdoa moga kesedaran ini bukan hanya sementara tetapi untuk selamanya..


Yoga&Pengkid - Benarkah Islam semakin menyekat
Bukan mudah untuk memandai-mandai mengeluarkan sesuatu fatwa. Ciri-ciri mufti juga apabila diperhalusi tidak semuanya terdapat pada ulama' kita. Bukanlah niat saya ingin mengutuk ulama' atau menyalahkan mereka dimasa yang sama diri sendiri pun lagi banyak kekurangannya. Cuma ini adalah output apa yang saya dapat dan dipelajari. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang fatwa boleh lah layari link http://www.e-fatwa.gov.my mukan mudah memahamkan masyarakat apabila sesuatu fatwa telah dikeluarkan. Kerelevenannya akan dipertikaikan. Salah siapa?? Ulama' yang mengeluarkan fatwa atau rakyat yang masih jahil tentang hukum agama??


Mahasiswa Muslim&Isu Semasa - Mendekati Media&Menguasainya



Belajar,faham&sampaikan. Itu prinsip yang saya amalkan. Tetapi kadang-kadang kita terlepas pandang beberapa perkara. Betulkan apa yang kita belajar?? Bila dah belajar, faham betulkah apa yang kita pelajari? Samakah pemahaman kita dengan orang lain?? Betulkah apa yang kita sampaikan itu?? Berapa ramai antara kita seing meng-foward- emel2 atau mesej2 berantai tanpa menyelidik dahulu sahih atau tudak maklumatnya..
Bacalah untuk mengenal Tuhan dan makhluk yang diciptanya. Baca untuk mengenal diri dan mengenal alam. Baca untuk mendapat bertaaruf (mengenal) dan akhirnya mendapat makrifah.


Islam&Terorisme - Penafian dan kebenaran disebaliknya
Mempersonalitikan Diri dengan acuan & paradigma seorang Daei




Sedih sedikit ketika isu ini diperbincangkan. Maklumla, semasa PERTAMA saya menjadi ajk kecik Unit Resolusi. Masa kertas kerja dibentangkan, unit kami tengah bermesyuarat, jadi terlepas la peluang yang berharga.. tapi jelas, inilah agenda & propoganda Amerika untuk memomokkan Islam sebagai agama yang ganas..
Teringat satu cerita bertajuk "Illuminati" yang dikongsikan oleh sahabat saya. Dokumentari ini membongkar kisah sebenar tragedi 11 september. Ia merupakan suatu yang dirancang. Mereka sanggup membunuh rakyat mereka semata-mata untuk mendapatkan natijah yang sanggat besar.. APA DIA?? Alasan kukuh untuk mereka memasuki dunia Islam dan membunuh berjuta-juta jiwa orang Islam. Benarkah Osama bin Laden adalah agen CIA yang bernama Tim Osman?? Mungkin sahabat-sahabat boleh melayari link ini http://thearrivals.blogspot.com dari kita maraton movie-movie korea,jepun berjam-jam apa salahnya kita luangkan masa untuk melihat,memahami,mengkaji dan bertindak demi Ummah..


itulah sedikit sebanyak intipati PERTAMA kali ketiga.. Bermula kali pertama diadakan pada tahun 2001 dilaksanakan oleh Ustaz Hasrizal Jamil (abi saif). Kemudian dihidupkan semula dibawah pengarahnya Nursyafiq Ali Shibramulis untuk kali kedua pada tahun 2008 setelah tujuh tahun berdiam diri. dan kini untuk kali ketiga pada tahun 2009, Ust Musoddeq Khalid bersama-sama ajk pelaksana berjaya melaksanakannya.. Tahniah & Syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak..

:: Ke Arah Kematangan Mahasiswa Muslim ::

Wednesday, February 11, 2009

Sem Baru.. Semangat baru..

assalamua'laikum..


alhamdulillah dah hampir 4 hari kaki ini melangkah ke jamiaah.. Sem baru.. Semangat baru.. mungkin kali ini keseronokan lebih dari sem2 lepas.. maklumlah, ini merupakan sem yang terakhir dan pegembaraan ilmu di bumu anbiya' ini akan berakhir tak lama lagi..

Kerana terlalu semangat sangat, saya menanam azam baru, sentiasa datang kuliyah awal (hehehe insya allah).. tapi ada cerita lucu nak dikongsikan.
Dek kerana semangat sangat,, jam 2.30 saya dah siap2 nak gi kuliyyah. dah siap "mebebel-bebel" lagi kat teman serumah suruh siap cepat.. Tiba2 kak aimi bersuara : "eh syah, awak ni cepat2 kenapa? " saya pun jawab : " Laa, kan kelas kul 3, cepat la siap.. nadia dah tergelak2 melihatkan saya yang agak poyo petang ni.. Rupa-rupanya kelas kami jam 3.30ptg bukannya 3ptg.. Kuang2 ketawa meletus antara kami bertiga.. mak aii.. tersilap timing da..

Moralnya : Semangat Biar Kena Tempat..

sambung cerita.. Dah siap solat asar berjemaah, kami pun keluar gi kuliyyah.. Tapi arini rasa pelik sangat. Budak2 arab yang kami tak kenal, pakaian pelik2 masuk ke kelas. Pensyarah tak datang lagi. Seperti biasa, saya yang palig gelabah mula tak senang duduk.. "EH kita ni salah kelas ke? " " Nape macam2 orang pulak kat kelas ni "

Pas tu, doktor (gelaran pensyarah disini) pun masuk. rupa2nya subjek kami untuk pelajar Qanun (undang2) sekali.. Laa patut pun macam2 gaya&fashion budak2 dalam kelas tadi..
hai, hari ni memang hari yang melucukan.. tak pe lah,segalanya kami simpan sebagai kenangan manis dalam diari kembara ilmu kami di bumi Anbiya' ini..


kepada semua.. Welcome back to Jamiah.. Start your path with Bismillah&full heart (kata kak Hety ^-^ )

Tarbiyah Akhlaqiyah


Akhlaq Islamiyah. Itulah yang perlu ada dalam diri yang memegang hawiyah sebagai muslim. Namun persoalan yang bermain difikiran adakah ianya semulajadi hadir tanpa dicari atau ia perlu diterokai,dibaja dan disemai di dalam diri??




Apa itu akhlaq??


Kata Iman al-Ghazali :


“ Akhlaq bukan sesuatu yang dirancang dan bukan sesuatu yang difikir terdahulu sebelum dilaksanakan…”


Tiada kata yang spesifik yang dapat menterjemahkan definisi akhlaq. Ia merupakan perlakuan yang mempunyai roh aqidah di dalamnya dan mengikut bagaimana acuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Akhlaq tidak sama dengan moral atau nilai-nilai murni kerana moral atau nilai-nilai murni lebih bersifat terbuka dan mengikut persepsi manusia, tempat dan zaman.



Akhlaq adalah fitrah yang baik. Justeru akhlaq yang buruk bukan fitrah yang baik . ALLAH S.W.T mengutuskan Nabi-Nya Muhammad S.A.W ke dunia untuk mengembalikan fitrah sebenar manusia menyembah tuhan yang satu dan menyempurnakan akhlaq manusia.

"

انما بعثت لأتمّا مكارم الخلاق"


“sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq”




Istikhlaq


Meniti perjalanan sebagai manusia yang sering leka kadang kala menyebabkan kita menyimpang dari fitrah yang sebenar. Sifat mazmumah sering menguasai diri membuatkan kita jauh dari akhlaq islamiyah yang dituntut syara’. Disinilah kita menyelami konsep Istikhlaq yang mana kita membentuk akhlaq kita. Kita berfikir bagaimana mahu mengubah diri dan cuba mendidik diri untuk melakukan sesuatu yang baik atau dalam erti kata lain berpura-pura untuk berakhlaq baik.




Istikhlas


Kita beristikhlaq untuk mencapai matlamat kita agar dapat berakhlaq seperti yang dikehendaki oleh ALLah S.W.T. Namun untuk mencapai matlamat ini kita perlukan mujahadah yang tinggi. Dalam mujahadah inilah juga kita mengimplementasikan konsep Istikhlas iaitu kita berpura-pura untuk ikhlas. Istikhlas adalah salah satu wasilah untuk mencapai matlamat kita. Erti kata lain, istikhlas adalah kenderaan dalam kita beistikhlaq untuk sampai ke kemuncaknya iaitu menjadi Muslim yang berakhlaq.




Adakah ia satu penipuan ataupun hipokrit dalam diri??

Pertama sekali,rasa menipu atau hipokrit ini perlu dikeluarkan dalam kamus kehidupan jika kita benar-benar mahu berakhlaq. Kerana inilah penghalang untuk kita Berjaya menjadi Muslim yang sejati. Kita bukan berpura-pura seperti kaum munafiq yang menzahirkan Islam secara luaran tetapi hakikatnya membenci Islam didalam hati. Sebaliknya kita berpura-pura untuk mengamalkan apa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. Ia benar, kita berpura-pura atau menipu untuk menjadi baik. Tetapi apa yang kita pura-purakan adalah untuk kebaikan kita, kembali kepada fitrah kita yang sememangnya dijadikan mempunyai akhlaq yang baik. Percayalah, andai konsep Istikhlaq&Istikhlas ini kita aplikasikan dalam kehidupan, akhirnya kita akan bertemu kemuncaknya menjadi seorang yang berakhlaq dengan sepenuh keikhlasan.




Bagaimana penghujungnya??

Dalam kita berusaha pasti ada onak duri yang melanda. Kadangkala kita risau memikirkan jika akhlaq kita yang masih belum sempurna ini akan menjadikan kita tertolak sebagai orang yang beraklaq islamiyyah untuk selamanya?? Jika kita pandang pada natijah akhir kita akan merasakan ALLAH S.W.T itu tidak adil kerana hanya akan memandang mereka yang berjaya mencontohi akhlaq baginda s.a.w yang berlandaskan syariat. Tetapi kita silap. Siapa kita untuk membuat dakwaan sedemikian. Sebenarnya yang ALLAH mahukan adalah usaha kita bukan natijah akhirnya. Buktinya Allah memasukkan hambaNya ke dalam syurga bukan semata-mata kerana amalannya tetapi kerana rahmat, kasih sayang dan belas kasihan dariNya.

Justeru, yang penting adalah niat suci yang dipasakkan didalam hati, azam yang tinggi serta tawakkal pada Illahi dengan sepenuh hati. Marilah kita bersama-sama beristikhlaq dan beristikhlas agar sama-sama dapat membetuk peribadi muslim yang cemerlang dari sudut akhlaqnya, aqidahnya dan amalannya.



:: Salam Mujahadah, Salam Istiqamah ::




p/s : Syukran kat ust razi kerana memberi buah fikiran kepada kami. Semoga ust dan keluarga sentiasa dirahmati Allah

Wednesday, February 4, 2009

Islam itu Mudah dan Indah

الأخذ باليسير وترك التعسير

عن أبي هريرة عبد الرحمن بن صخر رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ما نهيتكم عنه فاجتنبوه, وما أمرتكم به فأتوا منه ما استطعتم, فاءنما أهلك الذين من قبلكم كثرة مسائلهم واختلافهم على أنبيائهم – رواه البخاري ومسلم.

Maksudnya :
Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhr radiayallahu'anhu berkata : Aku mendengar Rasulullah sallahu'alaihiwasallam bersabda : Apa yang aku tegah kamu darinya maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka laksanakanlah dengan kemampuan kamu. Sesugguhnya telah binasa orang-orang sebelum kamu adalah kerana banyaknya pertanyaan dan perselisihan terhadap nabi-nabi mereka.
Diriwayatkan oleh Bukhari&Muslim.

Sebab Wurud Hadith
Suatu hari Nabi s.a.w berkhutbah dan berkata : Wahai manusia, telah difardhukan keatas kamu haji maka tunaikanlah haji. Kemudian seorang lelaki bertanya : Adakah setiap tahun wahai Rasulullah?..Leleki itu bertanya sehingga tiga kali namun Nabi s.a.w diam sehinggalah kali ketiga Nabi menjawab : Jika aku katakana ia maka ia(haji) akan menjadi wajib (setiap tahun), lakukanlah yang kamu mampu. Kemudian baginda berkata lagi : Tinggalkan lah apa yang aku tinggalkan. Sesungguhnya kemusnahan umat sebelum kamu adalah kerana mereka banyak pertanyaan kepada nabi mereka, maka apa yang aku perintahkan laksanakanlah dengan kemampuan kamu, dan apa yang aku larang tinggalkan lah ianya.
(Dari muslim – Alhaj- Bab fardu haji&umrah – 1337)

Fiqh Hadith
1) " Apa yang ditegah maka jauhilah "
  • Nahi Tahriman : Menjauhi perkara-perkara haram yang telah jelas dalil pengharamannya didalam Al-quran & As-sunnah. Barangsiapa melakukannya akan mendapat balasan di dunia&akhirat. Tuntutan menjauhinya adalah ilzam(bersungguh2)
    Contohnya : Zina,mencuri,minum arak,membuka aurat,mengumpat,rasuah
  • Nahi Tanzihan : Islam menyuruh menjauhinya kerana dibenci (karihah) tetapi ia bukanlah perkara yang haram. Sesiapa yang melakukannya tidak mendapat dosa.
    Contohnya : Nabi melarang memakan bawang besar atau bawang putih jika kita hendak solat berjemaah atau solat Jumaat kerana baunya boleh mengganggu jemaah yang lain

2) Darurat membenarkan perkara haram ( الضرورة تبيح المحظورات)

Menjauhi perkara haram adalah satu kewajipan yang perlu dilakukan bersungguh-sungguh. Namun kadangkala ada keadaan yang menyebabkan kita terpaksa melakukan perkara yang haram kerana terdesak (darurat). Allah itu Maha Mengetahui, terdapat beberapa perkara yang diringakan kepada hambanya.

Firmanya :
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (surah baqarah : 173)

3) " Dan apa yang diperperintahkan "

  • Perintah Wajib : Allah telah memerintahkan umat Islam melakukan suruhannya yang telah dijelaskan melaui nas-nas syarei dan rasul-Nya. Sesiapa yang meninggalkannya akan mendapat dosa manakala yang melakukannya akan mendapat pahala .Tuntutan melakukannya adalah ilzam (sentiasa) Contohnya : Solat fardu, puasa ramadhan, amar makruf nahi mungkar

  • Perintah Sunat : Ia adalah suruhan kepada umat Islam untuk melakukannya. Sesiapa yang melakukannya akan mendapat pahala manakala yang meniggalkannya tidak pula mendapat dosa.
    Contohnya : Solat sunat rawatib, azan, bersedekah, makan dengan tangan kanan.

4) Masyaqqah (kesusahan) memberi kemudahan


Menjadi kewajipan kita melaksanakan suruhan Allah demi mencapai keredhaan-Nya dan kebahagian di dunia&akhirat. Kesusahan adalah perkara biasa yang akan dialami tetapi ada beberapa keadaan yang menyebabkan sesuatu ibadah itu diringankan untuk kemaslahatan umat Islam. Keringanan inilah yang dikatakan sebagai Rukhsah

Contohnya : Orang yang bermusafir dan sakit dibenarkan berbuka puasa, solat Qasar&Jama’ untuk musafir..

5) Soalan dan hukumnya

  • Soalan yang dituntut oleh syara’
    i. Fardhu Ain pada setiap Muslim : Persoalan yang tidak patut ditinggalkan atau didiamkan seperti soalan berkaitan ibadah harian-solat, bersuci, haid, perkahwinan.
    ii. Fardhu Kifayah : Persoalan untuk meluaskan kefahaman agamanya dan hukum-hakam. Ia bukanlah untuk peribadi tetapi untuk memelihara agama,memberi fatwa dan mengajar manusia.
    ii. Sunat : Persoalan tentang cara-cara beramal soleh, menambah amalan fardhu.

  • Soalan yang ditegah
    i. Haram
    a) Soalan berkaitan tentang perkara yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t sahaja seperti soalan tentang bila hari qiyamat, hakikat roh
    b) Soalan berkaitan dengan mu’jizat bertujuan untuk menghina dan mempersendakan agama.
    c) Soalan tentang perkara yang rumit yang banyak bertanya tentang kenapa begitu kenapa begini dan pada hakikatnya tidak memberi manfaat pada diri&agama.

ii. Makruh
a) Soalan yang tidak memberi manfaat dan jawapan yang ada tidak mendatangkan faedah pada amalannya.
b) Soalan berkaitan perkara syubhah iaitu perkara yang didiamkan halal dan haramnya dan tidak jelas suruhan untuk melakukannya atau meninggalkannya.

iii. Harus : Persoalan-persoalan yang biasa yang tidak membawa kepada hukum haram atau mempersendakan agama.


6) Sebab kemusnahan umat terdahulu

Baginda s.a.w telah menjelaskan sebab kemusnahan umat terdahulu adalah kerana banyak pertanyaan terhadap perintah Allah dan perselisihan denagn nabi-nabi mereka dan tidak bersungguh-sungguh menjalankan perintah-Nya. Nabi melarang para sahabat banyak bertanya kerana ditakuti akan membuatkan mereka merasa berat dan susah untuk melaksanakan taklifan yang telah ditetapkan oleh Allah, dan mungkin perkara yang ditanya itu tidak mendatangkan faedah dan manfaat pada dirinya, orang lain serta agama.

7) Berwaspada dari perselisihan dan galakkan untuk bersatu&sepakat

Firman Allah s.w.t :
"Sesungguhnya ugama Islam Inilah ugama kamu, ugama Yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka Sembahlah kamu akan daku. (surah anbiyaa' : 92)


Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa kita seharusnya menjaga dan memelihara penyatuan umat, supaya kita dapat berpegang teguh dan kuat untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam di luar sana. Baginda juga memberi amaran supaya tidak berselisih dan berpecah belah kerana ia akan memuahkan musuh menyerang penjuru-penjuru Islam.

8) Balasan orang yang berpecah dari Jemaah (Islam) dan kecaman terhadap perpecahan&perselisihan


Sesungguhnya Islam amat keras terhadap mereka yang keluar dari jemaah islamiah kerana perselisihan dan tiada persefahaman. Malah Allah telah menetapkan hukuman bunuh terhadap mereka di dunia dan neraka jahannam di akhirat.

Firman Allah s.w.t :
"dan sesiapa Yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan Yang lain dari jalan orang-orang Yang beriman, Kami akan memberikannya Kuasa untuk melakukan (kesesatan) Yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke Dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. " (surah an-nisaa' : 115)

Dan sabda Rasulullah S.A.W : Barangsiapa keluar dari ketaatan dan berpisah dari jemaah (agama Islam) maka matinya adalah mati dalam jahiliyyah. – Riwayat Muslim.


:: Kitab rujukan : Al-Wafi fi Syarah Al-arba'in An-nawawiah oleh Sheikh Mustafa Bugho dan Sheikh Mahyuddin Mistu. halaman 53-78 ::







Jahiliyyah : Dulu dan Kini

Chapter 2

Jahiliyyah Moden

Antara Jahiliyah Moden yang diagungkan adalah SEKULARISME dan seluruh pecahannya seperti Rasionalisme, Materialisme, Liberialisme,dan sebagainya yang banyak dibincangkan oleh ahli-ahli aqidah dan falsafah serta pakar-pakar perbandingan agama (Comparative Religions)

Kita kini sedang menghadapi suasana yang sama seperti yang dihadapi oleh angkatan pertama umat Islam di permulaan lahirnya Islam. Manusia sesat dalam aqidah dan pemikiran. Mereka ragu-ragu terhadap kebenaran dan yakin terhadap kebatilan. Penzalim menjadi pemerintah. Orang-orang yang soleh tersisih dari masyarakat. Perkara ma’ruf dipandang munkar dan yang munkar dipandang ma’ruf. Ketagihan arak telah menjadi kebiasaan. Amalan riba telah sampai ke peringkat merampas harta orang lain. Keinginan kepada harta benda telah sampai ke peringkat tamak haloba. Kezaliman dan keras hati telah menjangkau kepada perbuatan menanam anak hidup-hidup.

Ciri-ciri seumpama di atas bukan sahaja wujud di zaman jahiliyyah, bahkan wujud juga di zaman moden ini. Oleh kerana ciri-ciri itu wujud di zaman ini, maka zaman ini juga disifatkan sebagai jahiliyyah atau Jahiliyyah Moden.


Strategi Musuh Islam Semasa

1) Menyeleweng erti kebebasan & persamaan. Antara persoalan & Syubhat yang sering dimainkan oleh musuh Islam :

  • Hak Persamaan wanita & lelaki (Isu saksi hudud & dalam hal harta, pemakaian, harta pusaka, hak Talaq, poligami, muslim boleh kahwin kitabiah tetapi tidak bagi muslimah, mengapa wanita tidak boleh kahwin ramai dalam satu masa)
  • Hak kebebasan beragama (Kritikan terhadap hukuman Murtad) Tuduhan Islam double standard ke atas non-muslim (Jizyah)

2) Meruntuhkan nilai moral dan penyebaran kejelekan akhlak.


3) Penyebaran ideology atheis dan falsafah kebendaan.

4) Merosakkan thaqafah Islam (Gerakan tasykik – meragukan maklumat Islam-Ghazwatul fikri )

  • Kononnya Islam disebar dgn mata pedang.
  • Tuduhan terhadap Rasul s.a.w dan isteri-isteri baginda.
  • Hasil2 Karangan dan penulisan oleh Oreintalis seperti Britannic Encylopedia, Islamic Encylopedia dan banyak lagi.

5) Penyebaran perisik di seluruh dunia, penyebaran fitnah dan pemberontakan bagi melemahkan kekeuatan negara2.


6) Penguasaan ke atas media massa, ekonomi & merosakkan sistem nilai & moral darinya.


Kesan serangan musuh Islam terhadap umat Islam kini.

a. Menjadi hamba kepada selain Allah, hubbun dunia. Mengejar kemewahan dan pangkat.

b. Umat Islam diperintah dalam urusan politik.

c. Tiada pelaksanaan hukum hakam Islam (terutamanya dalam sektor ekonomi, jenayah,
pentadbiran)menyebabkan kezaliman & penindasan berleluasa.

d. Mengutamakan aqal lebih dari nas (Jemu dengan aqidah dan nama Islam) dan uncul Ulama Jahat dan Dunia.

e. Takut terhadap musuh Islam dan keras terhadap mukmin yang menasihat.

f. Golongan Pemuda & Pemudi diambang kelalaian yang kritikal


Jatidiri umat Islam yang perlu ada untuk menentang musuh Islam

a. Iman yang mendalam & pegangan qidah yang teguh.

b. Amalan fardhu dan nawafil yang istiqamah serta terjaga.

c. Ketekunan dan kerja keras serta ta’awun dalam urusan dunia dan akhirat

d. Penguasan ilmu ukhrawi & duniawi (menyerang musuh dengan senjata mereka- ilmu sains& technologi)

e. Mengambil manfaat (ilmu,kemajuan,teknologi,strategi) dari semua pihak asal tidak bercanggah dengan syara’.

f. Sentiasa kembali kepada Allah terhadap semua kejayaan

Rasulullah SAW telah merawat segala penyakit kemasyarakatan dengan iman. Justeru itu ubat atau penawar iman juga perlu digunakan untuk merawat segala penyakit kemasyarakatan di zaman ini. Sekaligus, iman menjadi titik tolak ke arah pembentukan Ummah Islamiyyah dan tiada jalan lain lagi melainkan jalan ‘Aqidah atau Iman untuk membina kembali Ummah Islamiyyah. Jika di permulaan Islam dahulu Iman telah menjadi tenaga pembangunannya, Iman juga mesti menjadi tenaga pembangun di zaman ini. Wallahualam


p/s : artikel ini saya olah dari satu sumber.. tp dah lupa, insya allah kalau ingat saya maklumkan semula..

Tuesday, February 3, 2009

Jahiliyyah : Dulu dan Kini

assalamua'laikum..
Chapter 1

Jahiliyyah biasanya dikaitkan dengan keadaan bangsa Arab sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w . Namun, Jahiliyyah tidak hanya khusus pada zaman atau kaum tertentu sahaja, malah ia jua wujud di zaman moden ini kerana terdapat banyak unsur-unsurnya yang sama dan ada dalam zaman ini. Kita mendapati manusia hidup dengan berbagai macam bentuk Jahiliyyah yang berkembang sesuai dengan kepesatan pembangunan.

“Jahiliyyah” berasal dari perkataan جهل- يجهل – جهلا yang bermaksud jahil atau bodoh. Menurut Manna’ Khalil al-Qaththan Jahiliyyah ada 3 makna :
1. Tiada ilmu pengetahuan dan ini adalah makna asal.
Contohnya apabila kita tidak memahami teori matematik atau masalah Fiqh adalah orang yang jahil dengan kerana ia tidak mempunyai pengetahuan tentang sesuatu ilmu.

2. Meyakini sesuatu secara salah.
Contohnya orang yang meyakini bahawa mencuri atau membuat konsert amal untuk membantu anak yatim, atau membuka aurat tidak menjadi satu dosa.

3. Melakukan sesuatu yang menyalahi peraturan(syariat) atau tidak melakukan sesuatu dengan betul.
Contohnya orang yang meninggalkan solat tetapi tahu ia satu kewajipan atau melakukan kema’siatan adalah orang yang jahil, kerana ia melakukan sesuatu menyalahi syariat.

Bagaimana dikatakan Jahiliyyah?

1) Apabila seseorang itu jahil terhadap nilai-nilai Islam samada dari golongan professional, berada atau orang biasa.

2) Tidak mahu mengambil berat hal-hal berkaitan Islam dan memandang remeh terhadap perintah Allah. Ketika Musa a.s menyuruh kaumnya untuk mentaati perintah Allah agar mereka menyembelih Korban. Tetapi mereka memperlekehkan suruhan Musa a.s, “mereka berkata, apakah engkau mengejek kami hai Musa. Musa menjawab, aku berlindung dari orang-orang yang bodoh.” (al-Baqarah : 67)

3) Sentiasa melakukan perkara-perkara yang membawa keburukan.
Yusuf berkata: Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh. (surat Yusuf : 33)

4) Berprasangka buruk terhadap sesuatu. Ketika kaum Musyrikin menang pada Perang Uhud. Sebahagian kaum Musllimin menyangka Allah tidak menolong mereka dan timbullah anggapan bahawa Islam telah berakhir dengan kekalahan mereka. (Ali ‘Imran:154)

5) Jahiliyyah juga ditujukan bagi mereka yang menolak hukum Allah s.w.t. “Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” (al-Maidah: 50)

6) Bertabarruj atau berhias berlebih-lebihan.
Perbuatan ini jelas ditegah apabila ALLAH melarang isteri-isteri Nabi s.a.w bertabarruj.“dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu”. (al-Ahzab:33)

7) Angkuh adalah perbuatan Jahiliyyah sepertimana keengganan orang kafir Quraisy tidak mahu menerima tulisan Bismillah dan Muhammad Rasulullah dalam teks perjanjian Hudaibiyah. Ketika orang-orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan (yaitu) kesom-bongan jahiliyah lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mu'min dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat takwa dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.( al-Fath: 26)

8) Suka menghina dan mengejek orang lain adalah salah satu sifat dari sifat-sifat jahiliyyah.
Hadits dari Abu Dzar, ia berkata: “sesungguhnya saya mengejek seseorang dengan menghina ibunya, maka Rasulullah berkata padaku, “Hai Abu Dzar, apakah engkau menghina ibunya? Sesungguhnya engkau adalah orang yang mempunyai sifat Jahiliyyah” (HR.Bukharie-Muslim)

Terjemahan dan diolah semula dari : al-Hadits wa ats-Tsaqafah al-Islamiyah, Manna' Khalil al-Qaththan, al-Jahiliyyah al-Haditsah.

Refresh Iman Kita

assalamua'laikum..


Olahan dari artikel yang ingin saya kongsi bersama-sama..

Kesan Beriman Dalam Kehidupan Seorang Muslim

Mengetahui Iman dan rukun-rukunnya menjadi kewajipan kerana aplikasi dari memahami keimanan secara benar akan memberi impak secara langsung bagi kehidupan seseorang. Dalam kitab-Nya, Allah S.W.T banyak menyebutkan tentang hal keimanan:
“Rasul telah beriman kepada Al-Qur`an yang diturunkan kepadanya dari Rabbnya. Demikian pula orang-orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): ‘Kami tidak membeda-bedakan antara seorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya.’ Dan mereka mengatakan: ‘Kami dengar dan kami taat.’ (Mereka berdoa): ‘Ampunilah kami ya Rabb kami dan kepada Engkaulah tempat kembali’.” (Al-Baqarah: 285)

Allah juga menjelaskan bahwa keimanan adalah kurniaan-NYA yang diberikan berikan untuk Rasul-Nya, dalam firman-NYA:
“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al-Qur`an) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al-Kitab (Al-Qur`an) dan tidak pula mengetahui apa iman itu, tetapi Kami menjadikan Al-Qur`an itu dengan cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.” (Asy-Syura: 52)

Balasan orang yang beriman di dunia:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal shalih, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan ke dalam (hati) mereka rasa kasih sayang.” (Maryam: 96)

Balasan di akhirat:
“Dan orang-orang yang beriman dan beramal shalih, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.” (Al-‘Ankabut: 7)

Iman adalah agama. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah membagi agama menjadi tiga tingkatan. Dalam sebuah hadits, ‘Umar ibnul Khaththab radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Ketika kami duduk-duduk di samping Rasulullah s.a.w,tiba-tiba datang seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya sangat hitam. Pada dirinya tidak nampak debu-debu perjalanan jauh dan tak seorangpun di antara kami mengenalnya. Ia pun duduk di hadapan Rasulullah s.a.w dengan meletakkan kedua lututnya ke kedua lutut baginda sambil meletakkan dua telapak tangannya diatas paha baginda,lantas bertanya: ‘Hai Muhammad, beritahu aku tentang Islam.’ Rasulullah s.a.w menjawab: ‘Islam adalah engkau bersaksi tidak ada sembahan yang haq kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, dan puasa Ramadhan serta haji ke Baitullah jika engkau punya kemampuan untuk itu.’ Laki-laki itu berkata: ‘Engkau benar’.” (‘Umar berkata): “Kami merasa hairan kepadanya, ia yang bertanya namun ia juga yang membenarkannya. Selanjutnya dia bertanya: ‘Beritahu aku tentang iman.’ Rasulullah s.a.w menjawab: ‘Iman adalah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan beriman kepada hari akhir serta kepada takdir yang baik dan yang buruknya.’ Laki-laki itupun kembali membenarkannya. Kemudian dia bertanya: ‘Beritahukan kepadaku tentang ihsan.’ Rasulullah s.a.w menjawab: “(Ihsan) adalah engkau beribadah kepada Allah seolah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka Dia melihatmu’.” (HR. Muslim no. 93)

Hadits ini menerangkan tentang hakikat keimanan, yaitu beriman terhadap rukun-rukunnya yang enam dan untuk mendapatkan kemanisannya maka kita harus mengetahui makna-makna keimanan terhadap enam rukunnya ini.


Makna Beriman kepada Allah S.W.T.




Beriman kepada Allah adalah hubungan yang kuat antara manusia dengan Penciptanya. Hubungan itu tertanam di dalam hati, sementara hati adalah sesuatu yang berharga yang dimiliki oleh manusia, dan yang paling berharga dalam hati manusia adalah keimanan. Oleh sebab itulah, hidayah iman merupakan nikmat yang paling besar.
Allah berfirman:
يَمُنُّوْنَ عَلَيْكَ أَنْ أَسْلَمُوا قُلْ لاَ تَمُنُّوا عَلَيَّ إِسْلاَمَكُمْ بَلِ اللهُ يَمُنُّ عَلَيْكُمْ أَنْ هَدَاكُمْ لِلإِيْمَانِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِيْنَ
“Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah: ‘Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu. Sebenarnya Allah Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan, jika kamu adalah orang-orang yang benar’.” (Al-Hujurat: 17)

Tauhid Rububiyyah : Beriman bahawa Allah Maha Pencipta, Yang Menguasai dan Mengatur segala urusan, Menghidupkan dan Mematikan serta perbuatan-perbuatan Allah yang lainnya. Maka keimanan dalam Rububiyyah ini termasuk keimanan terhadap perbuatan-perbuatan secara umum, qadha dan qadar Allah serta terhadap keesaan Dzat-Nya.
Allah berfirman:
أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَاْلأَمْرُ تَبَارَكَ اللهُ رَبُّ الْعَالَمِيْن
“Ingatlah menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Rabb semesta alam.” (Al-A’raf: 54)

Tauhid Uluhiyyah : bermakna meyakini bahwa Allah tuhan yang haq, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dengan kata lain, mengesakan Allah dalam ibadah dan ketaatan.
Allah berfirman:
وَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيْمُ
“Dan Ilah kalian adalah Ilah Yang Maha Esa, tidak ada Ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.” (Al-Baqarah: 163)

Tauhid Asma` wa Sifat : adalah meyakini segala nama-nama-Nya yang paling baik dan sifat-sifat-Nya yang paling tinggi seperti yang tertulis dalam kitabnya.
Allah berfirman:
وَللهِ اْلأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوْهُ بِهَا
“Hanya milik Allah Asma`ul Husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asma`ul Husna itu.” (Al-A’raf: 180)

Kesan Beriman kepada Allah
Keimanan yang benar kepada Allah akan menumbuhkan rasa cinta yang kuat kepada-Nya dan mengagungkan-Nya. Ia juga akan melahirkan rasa khashiyah dan takut kepada-Nya serta selalu berharap kepada-Nya, yang kemudian mendorongnya untuk beribadah.


Makna Beriman kepada Para Malaikat
Asal perkataan malaikat adalah malak, dari kata Al-Alukah yang bermakna delegasi. Jamaknya adalah malaikat. (Shahih Al-Bukhari bi syarhil Imam Al-Kirmani, 1/194)
Iman kepada malaikat meliputi keimanan terhadap seluruh malaikat, baik yang diketahui nama dan tugasnya ataupun tidak. Serta mempercayai bahawa mereka adalah makhluk yang Allah yang diciptakan dari cahaya dengan tujuan agar beribadah kepada-Nya dan menjalankan perintah-Nya.
Allah berfirman:
وَمَنْ عِنْدَهُ لاَ يَسْتَكْبِرُوْنَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَلاَ يَسْتَحْسِرُوْن. يُسَبِّحُوْنَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ لاَ يَفْتُرُوْنَ
“Dan (malaikat-malaikat) yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada pula merasa letih. Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya.” (Al-Anbiya`: 19-20)

Kesan Beriman kepada Malaikat
Kita akan merasai keagungan Allah, kekuatan dan kekuasaan-Nya. Kebesaran yang ada pada makhluk adalah gambaran akan kebesaran Khaliqnya. Allah menugaskan malaikat untuk menjaga dan mencatat amalan manusia yang akan membuatkan kita berasa malu&sentiasa berwaspada terhadap perbuatan,percakapan&amalan kerana sentiasa diperhatikan. Selain itu sifat sabar&istiqamah mereka dengan perintah Allah mendorong kita untuk mencontohi mereka.

Makna Iman kepada Kitab Allah


Beriman bahwa semua Kitab turun dari sisi Allah , beriman kepada kitab-kitab-Nya yang telah diketahui namanya, seperti Al-Qur`an, Taurat, Injil, dan Zabur, mahupun yang tidak diketahui namanya. Serta membenarkan berita-beritanya, seperti pemberitaan dalam Al-Qur`an dan kitab-kitab sebelumnya yang tidak diubah maknanya dan menerima segala hukum-hukum yang telah diperintahkan dengan redho.

Kesan Beriman kepada Kitab-Kitab Allah
Seorang hamba akan semakin menyedari betapa besarnya perhatian Allah, sehingga Dia menurunkan kitab yang menjadi petunjuk bagi setiap kaum disamping mentaati perundangan yang tertulis didalamnya tanpa keraguan. Inilah impak terbesar dari keimanan kepada seluruh kitab-Nya, di samping hikmah yang nyata berupa syariat yang Allah tetapkan untuk setiap kaum sesuai keadaan mereka.
Allah berfirman:
“Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang.” (Al-Ma`idah: 48)


Makna Beriman kepada Rasul-Rasul


Bererti mengimani bahawa mereka adalah utusan Allah yang membawa risalah yang haq dan beriman kepada semuanya tanpa membezakan mereka serta membenarkan seluruh berita yang shahih yang telah mereka sampaikan, serta mengamalkan syariat Rasul (Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam) yang telah diutus kepada kita.

Kesan Beriman kepada Rasul Allah
Tanpa kehadiran seorang rasul, tak seorangpun di antara manusia yang mengetahui bagaimana cara menyembah&beribadat kepada Allah dan menuju jalan yang lurus. Keimanan kepada para rasul juga membuat seorang muslim menguatkan rasa syukurnya akan nikmat yang besar ini, karana ia mengetahui kasih sayang dan perhatian Allah kepadanya. Rasa cinta, pujian, dan sanjungan akan mengalir pada para rasul karena mereka adalah utusan Allah, beribadah kepada-Nya, menyampaikan risalah-Nya, dan penasihat bagi umatnya.


Makna Beriman Kepada Hari Akhirat
Beriman kepada hari akhirat : Bermakna meyakini dengan pasti bahawa hari akhirat itu haq dan tiada keraguan tentangnya.
Allah berfirman:
اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لاَ رَيْبَ فِيْهِ وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللهِ حَدِيْثًا
“Allah, tidak ada Ilah (yang berhak disembah) selain Dia. Sesungguhnya Dia akan mengumpulkan kamu di hari kiamat, yang tidak ada keraguan terjadinya. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?” (An-Nisa`: 87)

Kesan Beriman kepada Hari Akhir
Beriman adanya hari qiamat akan menjadi motivasi tersendiri bagi seorang muslim untuk lebih berusaha melakukan ibadah&amal soleh, untuk mendapatkan ganjaran syurgaNya. Azab siksaan dan ancaman akhirat juga membuat seorang muslim takut dan lari dari kemaksiatan di dunia. Kebahagiaan akan terasa didalam dirinya ketika ia mengingat hari akhirat sebagai kenikmatan dan perhiasan pengganti perhiasan dunia.


Makna Beriman kepada Qada' & Qadar



Bermaksud mengimani bahawa Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yang terang dan tersembunyi , segala ketetapan dan pelaksaan ketetapan itu yang telah ditentukan oleh Allah. Baik yang berkaitan dengan perbuatan-perbuatan-Nya atau perbuatan-perbuatan hamba-Nya.

Beriman bahawa Allah telah menulis semuanya di Lauhul Mahfudz, beriman bahwa seluruh yang terjadi di alam ini dengan kehendak Allah serta beriman bahwa semua yang ada di alam ini adalah makhluk bagi Allah. Dalil-dalil tentang hal ini banyak Allah S.W.T sebutkan dalam kitab-Nya.

Kesan Beriman kepada Takdir
Ketetapan Allah keatas makhluk-Nya pasti terjadi. Keimanan kepada takdir menuntut seorang muslim untuk bersandar diri sepenuhnya kepada Allah ketika melakukan suatu perkara dan tidak bersandar kepada perkara yang lain.

Seorang muslim tidak akan memiliki perasaan ujub tatkala mampu meraih apa yang diinginkan, kerana pencapaiannya itu hanyalah semata-mata nikmat dari Allah. Bahkan hatinya akan menjadi tenang dan redha apabila takdir Allah yang baik ataupun buruk menimpanya. Tidak akan goyah keimanannya apabila sesuatu yang disukainya diambil kembali dan menerima sesuatu yang dibencinya. Semuanya karena dia yakin bahwa itu terjadi dengan takdir Allah S.W.T

Bukti kasih sayang

assalamua'laikum..

Muqaddimah.

Kita sering membicarakan tentang ukhwah dan seringkali mendengar ungkapan “ukhwah Fillah Abadan Abada”.. Namun sedarkah kita apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh ungkapan tersebut dan mengapa kita perlu berukhuwah???

Perpindahan kaum Muhajirin dan Ansar adalah contoh yang terbaik untuk mentafsirkan definisi ukhwah yang sebenar. Perbezaan bangsa, keturunan dan kekayaan tidak menjadi kekangan dalam berukhwah tetapi kerana Islam mereka bersatu. Buktinya mereka sanggup berkorban harta dan isteri untuk dikongsikan kepada saudara baru mereka. Mungkinkan kita boleh melakukannya sepertimana para sahabat terdahulu lakukan??




Konsep sebenar ukhuwah.

“Ukhwah Fillah Abadan Abada”.. sejauh mana sebenarnya konsep ini kita implimentasikan dalam kehidupan kita?? Ukhuwah bukanlah satu subjek teori sains yang dipelajari di sekolah kemudian diaplikasikan di dalam makmal. Ia lahir dari dalam hati,untuk mendapatkannya kita perlu berusaha. Usaha yang bagaimana?? Banyak caranya, SMS,YM,kad ucapan,ziarah,keluar makan,berjalan-jalan,perbincagan Ilmiah, study group dan banyak lagi.. Wasilahnya banyak Cuma terpulang kita memilihnya.


Ramai dikalangan kita merasai sudah cukup berukhwah atau berkasih sayang apabila kita sentiasa bersama-sama dengan sahabat kita. Tetapi konsep sebenar ukhwah dalam Islam
Bukanlah begitu. Bagaimana bukti kita berukhwah kerana Allah??

1) Setiap kali bersamanya kita akan berasa aman dan tenang. Perlakuan,pertuturan dan akhlaknya membuatkan kita berasa ingin lebih dekat dengan Allah.
2) Kita tidak akan membiarkan dirinya melakukan dosa dan maksiat yang dilarang oleh Allah.
3) Sama-sama mengajak kearah kebaikan dang menghidupkan budaya nasihat-menasihati.
4) Tidak mudah berkecil hati andai ditegur dan berlapang dada.
5) Mengamalkan konsep “Give & Take” bersedia untuk ditegur dan menegur, bersedia mendengar dan didengari.
6) Menunaikan janji dan amanah yang telah diberikan dan mudah memberi bantuan.
7) Memberi kekuatan dan nasihat ketika ditimpa musibah&kesusahan.
8) Tidak menceritakan keburukan sahabat dan menjaga aibnya.
9) Sentiasa mendoakan kesejahteraannya di dalam doa setiap kali solat.



Hadith berkaitan Ukhuwah.

Ø Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Ada tujuh macam orang yang
akan dapat diberi naungan oleh Allah dalam naunganNya pada hari tiada naungan
melainkan naunganNya 40 - yakni pada hari kiamat, iaitu: imam - pemimpin atau kepala yang adil, pemuda yang tumbuh - sejak kecil - dalam beribadat kepada Allah Azza wa jalla,seseorang yang hatinya tergantung - sangat memperhatikan – kepada masjid-masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan yang sedemikian serta berpisah pun demikian pula, seseorang Ielaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan serta kecantikan wajah, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," - ataupun sebaliknya yakni yang diajak itu ialah wanita oleh seorang Ielaki,seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu menyembunyikan amalannya itu -tidak menampak-nampakkannya, sehingga dapat dikatakan bahawa tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan seseorang yang ingat kepada Allah di dalam keadaan sepi lalu melelehkan airmata dari kedua matanya." 41 (Muttafaq'alaih)


Ø Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya, engkau semua tidak
dapat masuk syurga sehingga engkau semua beriman dan engkau semua belum disebut
beriman sehingga engkau semua saling cinta-mencintai. Sukakah engkau saya beri petunjuk
pada sesuatu yang apabila itu engkau semua lakukan, maka engkau semua dapat saling
cinta-mencintai? Sebarkanlah ucapan salam antara engkau semua." (Riwayat Muslim)


Ø Dari Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w. bahawasanya ada seorang Ielaki berziarah
kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah seorang
malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan," kemudian dihuraikannya Hadis itu
sampai kepada sabdanya: "Sesungguhnya Allah itu menctntaimu sebagaimana engkau
mencintai saudaramu itu kerana Allah." (Riwayat Muslim)


Ø Dari Mu'az r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah 'Azzawajalla berfirman:
"Orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu, maka mereka itu
akan memiliki mimbar-mimbar dari cahaya yang diinginkan pula oleh para nabi dan para
syahid - mati dalam peperangan untuk membela agama Allah."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan
shahih.


Ø Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Haknya seorang Muslim terhadap orang Muslim yang lain itu ada lima perkara yaitu
menjawab salam, meninjau yang sakit, mengikuti jenazahnya, mengabulkan undangannya
dan bertasymit kepada yang bersin - yakni kalau seseorang bersin dan mengucapkan
Alhamdulillah, maka yang mendengar hendaklah mentasymitkan - mendoakan - dengan
mengucapkan: Yarhamukalhh, artinya: Semoga Allah merahmatimu, kemudian yang bersin itu
menjawab: Yahdikumullah wa yushtihu balakum, artinya: Semoga Allah memberi petunjuk
padamu dan memperbaiki hatimu." (Muttafaq 'alaih)
Dalam riwayat Muslim disebutkan demikian:
"Hak seorang Muslim terhadap orang Muslim lainnya itu ada enam perkara, yaitu
jikalau engkau bertemu dengannya, maka berilah salam kepadanya, jikalau ia
mengundangmu, maka kabulkanlah undangannya, jikalau ia meminta nasihat kepadamu, maka berlah padanya nasihat, jikalau ia bersin, maka doakanlah dia, jikalau ia sakit, maka ziarahilah akan dia, dan jikalau ia mati, maka iringilah jenazahnya.