Tuesday, February 3, 2009

Jahiliyyah : Dulu dan Kini

assalamua'laikum..
Chapter 1

Jahiliyyah biasanya dikaitkan dengan keadaan bangsa Arab sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w . Namun, Jahiliyyah tidak hanya khusus pada zaman atau kaum tertentu sahaja, malah ia jua wujud di zaman moden ini kerana terdapat banyak unsur-unsurnya yang sama dan ada dalam zaman ini. Kita mendapati manusia hidup dengan berbagai macam bentuk Jahiliyyah yang berkembang sesuai dengan kepesatan pembangunan.

“Jahiliyyah” berasal dari perkataan جهل- يجهل – جهلا yang bermaksud jahil atau bodoh. Menurut Manna’ Khalil al-Qaththan Jahiliyyah ada 3 makna :
1. Tiada ilmu pengetahuan dan ini adalah makna asal.
Contohnya apabila kita tidak memahami teori matematik atau masalah Fiqh adalah orang yang jahil dengan kerana ia tidak mempunyai pengetahuan tentang sesuatu ilmu.

2. Meyakini sesuatu secara salah.
Contohnya orang yang meyakini bahawa mencuri atau membuat konsert amal untuk membantu anak yatim, atau membuka aurat tidak menjadi satu dosa.

3. Melakukan sesuatu yang menyalahi peraturan(syariat) atau tidak melakukan sesuatu dengan betul.
Contohnya orang yang meninggalkan solat tetapi tahu ia satu kewajipan atau melakukan kema’siatan adalah orang yang jahil, kerana ia melakukan sesuatu menyalahi syariat.

Bagaimana dikatakan Jahiliyyah?

1) Apabila seseorang itu jahil terhadap nilai-nilai Islam samada dari golongan professional, berada atau orang biasa.

2) Tidak mahu mengambil berat hal-hal berkaitan Islam dan memandang remeh terhadap perintah Allah. Ketika Musa a.s menyuruh kaumnya untuk mentaati perintah Allah agar mereka menyembelih Korban. Tetapi mereka memperlekehkan suruhan Musa a.s, “mereka berkata, apakah engkau mengejek kami hai Musa. Musa menjawab, aku berlindung dari orang-orang yang bodoh.” (al-Baqarah : 67)

3) Sentiasa melakukan perkara-perkara yang membawa keburukan.
Yusuf berkata: Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh. (surat Yusuf : 33)

4) Berprasangka buruk terhadap sesuatu. Ketika kaum Musyrikin menang pada Perang Uhud. Sebahagian kaum Musllimin menyangka Allah tidak menolong mereka dan timbullah anggapan bahawa Islam telah berakhir dengan kekalahan mereka. (Ali ‘Imran:154)

5) Jahiliyyah juga ditujukan bagi mereka yang menolak hukum Allah s.w.t. “Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” (al-Maidah: 50)

6) Bertabarruj atau berhias berlebih-lebihan.
Perbuatan ini jelas ditegah apabila ALLAH melarang isteri-isteri Nabi s.a.w bertabarruj.“dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu”. (al-Ahzab:33)

7) Angkuh adalah perbuatan Jahiliyyah sepertimana keengganan orang kafir Quraisy tidak mahu menerima tulisan Bismillah dan Muhammad Rasulullah dalam teks perjanjian Hudaibiyah. Ketika orang-orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan (yaitu) kesom-bongan jahiliyah lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mu'min dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat takwa dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.( al-Fath: 26)

8) Suka menghina dan mengejek orang lain adalah salah satu sifat dari sifat-sifat jahiliyyah.
Hadits dari Abu Dzar, ia berkata: “sesungguhnya saya mengejek seseorang dengan menghina ibunya, maka Rasulullah berkata padaku, “Hai Abu Dzar, apakah engkau menghina ibunya? Sesungguhnya engkau adalah orang yang mempunyai sifat Jahiliyyah” (HR.Bukharie-Muslim)

Terjemahan dan diolah semula dari : al-Hadits wa ats-Tsaqafah al-Islamiyah, Manna' Khalil al-Qaththan, al-Jahiliyyah al-Haditsah.

No comments: