Sunday, February 15, 2009

1001 kata untuk PERTAMA '09






1001 perasaan tak tergambar untuk PERTAMA. Hebat!! Tahniah dan syabas diucapkan untuk semua ajk yang terlibat bagi menjayakan PERTAMA atau singkatannya Persidangan Tahunan Mahasiswa SeJordan kali ketiga. Alhamdulillah kematangannya semakin menyerlah. "Ke arah kematangan mahasiswa Muslim " itulah tema kali ini.. Bertepatan dengan temanya, isu2 yang dibawa juga turut menunjukkan kematangan mahasiswa Jordan untuk mempersiapkan diri untuk terjun ke dalam masyarakat..

Walaupun pelbagai kontroversi dan halangan yang datang, namun ia tetap dapat diatasi. Mungkin inilah berkatnya jika kita benar-benar bekerja Lillahi taa'la.. Apabila niat untuk bekerja dipaksikan untuk Allah taa'la, insya Allah Dia pasti memudahkan segalanya.. Alhamdulillah kita dapat bersama-sama menghadapi Ibtila' wa Imtihan mina ALLAH ..


FEMINISME & Islam - Huraian satu ideologi ciptaan




Isu pertama yang dibentangkan menyedarkan kita semua betapa pentingnya kita mendalami hukum-hakam lelaki dan perempuan bagi mendepani golongan-golongan yang terpesong seperti SIS (sister in Islam) Paling penting isu ini benar-benar menyedarkan mereka yang memahami agama untuk bertindak.. Berhadapan dengan SIS berdialaog,berhujah dan memahamkan kembali konsep Islam dan haq-haq wanita yang sebenar menurut Islam.. Bersediakah kita?? Tahniah diucapkan kepada Naib Presiden MPPM kak Faezza Mohtar dan Timbalan Bendahari MPPM Rabiatul adawiyah latif atas pembentangan yang mantap ;)


IFC dan Tuntutan Kebebasan Beragama - Suatu provokasi khayalan??


Isu kedua dibentangkan oleh saudara Husaini pelajar tahun 2 perubatan dari Mesir. Meskipun usianya muda namun beliau cukup matang berbicara. Realiti yang dibawa membuka mata saya. Benarkah kita bersedia untuk terjun ke dalam bidang dakwah apabila pulang nanti?? Berapa ramai graduan agama yang sanggup memilih profession sebagai pendakwah untuk menjadi agen pengubah masyarakat?? adakah cukup cita2 sekadar mengajar Pendidikan Islam disekolah, pulang kerumah dan esok kembali ke sekolah seperti biasa..
Non-Muslim perlukan pendekatan daei yang berhikmah. andai diberi masa 2 minit untuk nerkata tentang Islam apa yang akan kita huraikan ?? Sabah&Sarawak mengalami masalah murtad yang agak rumit. Tenaga2 Daei amat diperlukan disana dan juga di semenanjung. INI tanggungjawab yang tergalas dibahu saya dan rakan-rakan. Sama-sama kita berdoa moga kesedaran ini bukan hanya sementara tetapi untuk selamanya..


Yoga&Pengkid - Benarkah Islam semakin menyekat
Bukan mudah untuk memandai-mandai mengeluarkan sesuatu fatwa. Ciri-ciri mufti juga apabila diperhalusi tidak semuanya terdapat pada ulama' kita. Bukanlah niat saya ingin mengutuk ulama' atau menyalahkan mereka dimasa yang sama diri sendiri pun lagi banyak kekurangannya. Cuma ini adalah output apa yang saya dapat dan dipelajari. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang fatwa boleh lah layari link http://www.e-fatwa.gov.my mukan mudah memahamkan masyarakat apabila sesuatu fatwa telah dikeluarkan. Kerelevenannya akan dipertikaikan. Salah siapa?? Ulama' yang mengeluarkan fatwa atau rakyat yang masih jahil tentang hukum agama??


Mahasiswa Muslim&Isu Semasa - Mendekati Media&Menguasainya



Belajar,faham&sampaikan. Itu prinsip yang saya amalkan. Tetapi kadang-kadang kita terlepas pandang beberapa perkara. Betulkan apa yang kita belajar?? Bila dah belajar, faham betulkah apa yang kita pelajari? Samakah pemahaman kita dengan orang lain?? Betulkah apa yang kita sampaikan itu?? Berapa ramai antara kita seing meng-foward- emel2 atau mesej2 berantai tanpa menyelidik dahulu sahih atau tudak maklumatnya..
Bacalah untuk mengenal Tuhan dan makhluk yang diciptanya. Baca untuk mengenal diri dan mengenal alam. Baca untuk mendapat bertaaruf (mengenal) dan akhirnya mendapat makrifah.


Islam&Terorisme - Penafian dan kebenaran disebaliknya
Mempersonalitikan Diri dengan acuan & paradigma seorang Daei




Sedih sedikit ketika isu ini diperbincangkan. Maklumla, semasa PERTAMA saya menjadi ajk kecik Unit Resolusi. Masa kertas kerja dibentangkan, unit kami tengah bermesyuarat, jadi terlepas la peluang yang berharga.. tapi jelas, inilah agenda & propoganda Amerika untuk memomokkan Islam sebagai agama yang ganas..
Teringat satu cerita bertajuk "Illuminati" yang dikongsikan oleh sahabat saya. Dokumentari ini membongkar kisah sebenar tragedi 11 september. Ia merupakan suatu yang dirancang. Mereka sanggup membunuh rakyat mereka semata-mata untuk mendapatkan natijah yang sanggat besar.. APA DIA?? Alasan kukuh untuk mereka memasuki dunia Islam dan membunuh berjuta-juta jiwa orang Islam. Benarkah Osama bin Laden adalah agen CIA yang bernama Tim Osman?? Mungkin sahabat-sahabat boleh melayari link ini http://thearrivals.blogspot.com dari kita maraton movie-movie korea,jepun berjam-jam apa salahnya kita luangkan masa untuk melihat,memahami,mengkaji dan bertindak demi Ummah..


itulah sedikit sebanyak intipati PERTAMA kali ketiga.. Bermula kali pertama diadakan pada tahun 2001 dilaksanakan oleh Ustaz Hasrizal Jamil (abi saif). Kemudian dihidupkan semula dibawah pengarahnya Nursyafiq Ali Shibramulis untuk kali kedua pada tahun 2008 setelah tujuh tahun berdiam diri. dan kini untuk kali ketiga pada tahun 2009, Ust Musoddeq Khalid bersama-sama ajk pelaksana berjaya melaksanakannya.. Tahniah & Syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak..

:: Ke Arah Kematangan Mahasiswa Muslim ::

4 comments:

saifuddin said...

Justru, apa perancangan ustazah untuk menghadapi teroris-teroris agama dan budaya ni kelak jika tidak memilih untuk menjadi sekadar pengajar?

alhanin said...

terima kasih atas soalan tersebut. Jika diberi peluang dan mempunyai ruang, saya ingin masuk ke dalam dunia masyarakat. Mungkin bermula dikampung tempat saya tinggal. Kaum cina&india ramai disitu. Mendekati&memasuki kehidupan mereka sebelum saya bermula dengan perancangan saya- menyedarkan Islam itu bukan Melayu & Islam itu bukan agama pengganas. Bercakap mudah, nak buat memang payah. Justeru, saya dan rakan2 cuba mempersiapkan diri dari sini sebelum kami betul2 terjun ke dalam realiti masyarakat & dunia dakwah yang sebenar. Ada merancang untuk menjadi pendakwah bebas dan masuk ke dalam bidang guaman. Tp semua ini perancangan, apa pun doakan moga ia boleh dilaksanakan. Apa pun, prinsip yang saya pegang, kerjalah apa pun, jadilah apa pun, yang penting ada sumbangan untuk Islam. What U Give, U Get Back.. Wallahua'lam.

saifuddin said...

Saya tertarik dengan hasrat saudari untuk terjun ke dalam bidang guaman. Kita sudah punya ramai suara muslimah dalam lapangan politik mahupun akademik tapi sangat sedikit suara muslimah kita dalam bidang guaman atau perundangan. Cuma yang kerap berkokok dalam lapangan tersebut adalah saudari-saudari kita yang keliru dari kumpulan Sister In Islam.

Sejujurnya saya melihat potensi besar dalam diri saudari. Tidak banyak blog yang dibangunkan di kalangan akhawat dimuatkan dengan tulisan-tulisan berupa perkara sarat ilmiah dan pemikiran (ada satu lagi blog akhawat Irbid yang teruja juga saya membacanya http://mukhlisahfillah.blogspot.com). Ditambah lagi dengan pengalaman dalam kepimpinan, saya yakin satu hari nanti ustazah bakal menggetarkan hati-hati kakak-kakak kita di SIS.

Dahulu, Saidatina Aisyah AS menjadi tempat rujuk para sahabat dalam perkara-perkara feqah. Malah salah seorang guru kepada Imam Asy-Syafi'ie adalah seorang wanita! Namun zaman ini muslimah kita seolah-olah sudah hilang suara. Kalau adapun berlegar sekadar isu-isu cinta yang membosankan dan hal-hal dalam kamar. Sedangkan SIS sudah lama menjuarai isu-isu yang lebih mendapat tempat di hati masyarakat, iaitu soal pembelaan kaum wanita.

Tergamakkah kita membiarkan kefahaman masyarakat terhadap hal kewanitaan menurut syariat Islam dicacar-merbakan oleh teroris agama ini? Tergamakkah kita membiarkan mereka yang porak-peranda pemikiran ini menjadi tempat rujukan utama masyarakat?

Sesungguhnya tugas memerangi perosak agama ini dan memberi faham kepada masyarakat memerlukan ketekunan dan kesungguhan yang tinggi. Kita sebagai pembela-pembela Islam perlulah lebih luas pembacaan, lebih banyak ilmu di samping tidak mengabaikan aspek ketaqwaan. Dan orang-orang seperti saudarilah yang kita harapkan supaya dapat memikul tugas ini dengan jayanya.

Oh, terpanjang pula karutan kali ini. Apa pun anggaplah ia sebagai satu motivasi atau cabaran yang mungkin dapat meledakkan satu semangat baru dalam meletakkan Islam pada tempat sebenarnya. Semoga grad dengan cemerlang.

alhanin said...

alhamdulillah.. syukran atas motivasi & komentar yang diberi. banyak lagi kekurangan diri yang diperbaiki. sama2 doakan sahabat dan saya disini pulang dan dapat memberi sesuatu di Malaysia nanti..