Wednesday, February 4, 2009

Jahiliyyah : Dulu dan Kini

Chapter 2

Jahiliyyah Moden

Antara Jahiliyah Moden yang diagungkan adalah SEKULARISME dan seluruh pecahannya seperti Rasionalisme, Materialisme, Liberialisme,dan sebagainya yang banyak dibincangkan oleh ahli-ahli aqidah dan falsafah serta pakar-pakar perbandingan agama (Comparative Religions)

Kita kini sedang menghadapi suasana yang sama seperti yang dihadapi oleh angkatan pertama umat Islam di permulaan lahirnya Islam. Manusia sesat dalam aqidah dan pemikiran. Mereka ragu-ragu terhadap kebenaran dan yakin terhadap kebatilan. Penzalim menjadi pemerintah. Orang-orang yang soleh tersisih dari masyarakat. Perkara ma’ruf dipandang munkar dan yang munkar dipandang ma’ruf. Ketagihan arak telah menjadi kebiasaan. Amalan riba telah sampai ke peringkat merampas harta orang lain. Keinginan kepada harta benda telah sampai ke peringkat tamak haloba. Kezaliman dan keras hati telah menjangkau kepada perbuatan menanam anak hidup-hidup.

Ciri-ciri seumpama di atas bukan sahaja wujud di zaman jahiliyyah, bahkan wujud juga di zaman moden ini. Oleh kerana ciri-ciri itu wujud di zaman ini, maka zaman ini juga disifatkan sebagai jahiliyyah atau Jahiliyyah Moden.


Strategi Musuh Islam Semasa

1) Menyeleweng erti kebebasan & persamaan. Antara persoalan & Syubhat yang sering dimainkan oleh musuh Islam :

  • Hak Persamaan wanita & lelaki (Isu saksi hudud & dalam hal harta, pemakaian, harta pusaka, hak Talaq, poligami, muslim boleh kahwin kitabiah tetapi tidak bagi muslimah, mengapa wanita tidak boleh kahwin ramai dalam satu masa)
  • Hak kebebasan beragama (Kritikan terhadap hukuman Murtad) Tuduhan Islam double standard ke atas non-muslim (Jizyah)

2) Meruntuhkan nilai moral dan penyebaran kejelekan akhlak.


3) Penyebaran ideology atheis dan falsafah kebendaan.

4) Merosakkan thaqafah Islam (Gerakan tasykik – meragukan maklumat Islam-Ghazwatul fikri )

  • Kononnya Islam disebar dgn mata pedang.
  • Tuduhan terhadap Rasul s.a.w dan isteri-isteri baginda.
  • Hasil2 Karangan dan penulisan oleh Oreintalis seperti Britannic Encylopedia, Islamic Encylopedia dan banyak lagi.

5) Penyebaran perisik di seluruh dunia, penyebaran fitnah dan pemberontakan bagi melemahkan kekeuatan negara2.


6) Penguasaan ke atas media massa, ekonomi & merosakkan sistem nilai & moral darinya.


Kesan serangan musuh Islam terhadap umat Islam kini.

a. Menjadi hamba kepada selain Allah, hubbun dunia. Mengejar kemewahan dan pangkat.

b. Umat Islam diperintah dalam urusan politik.

c. Tiada pelaksanaan hukum hakam Islam (terutamanya dalam sektor ekonomi, jenayah,
pentadbiran)menyebabkan kezaliman & penindasan berleluasa.

d. Mengutamakan aqal lebih dari nas (Jemu dengan aqidah dan nama Islam) dan uncul Ulama Jahat dan Dunia.

e. Takut terhadap musuh Islam dan keras terhadap mukmin yang menasihat.

f. Golongan Pemuda & Pemudi diambang kelalaian yang kritikal


Jatidiri umat Islam yang perlu ada untuk menentang musuh Islam

a. Iman yang mendalam & pegangan qidah yang teguh.

b. Amalan fardhu dan nawafil yang istiqamah serta terjaga.

c. Ketekunan dan kerja keras serta ta’awun dalam urusan dunia dan akhirat

d. Penguasan ilmu ukhrawi & duniawi (menyerang musuh dengan senjata mereka- ilmu sains& technologi)

e. Mengambil manfaat (ilmu,kemajuan,teknologi,strategi) dari semua pihak asal tidak bercanggah dengan syara’.

f. Sentiasa kembali kepada Allah terhadap semua kejayaan

Rasulullah SAW telah merawat segala penyakit kemasyarakatan dengan iman. Justeru itu ubat atau penawar iman juga perlu digunakan untuk merawat segala penyakit kemasyarakatan di zaman ini. Sekaligus, iman menjadi titik tolak ke arah pembentukan Ummah Islamiyyah dan tiada jalan lain lagi melainkan jalan ‘Aqidah atau Iman untuk membina kembali Ummah Islamiyyah. Jika di permulaan Islam dahulu Iman telah menjadi tenaga pembangunannya, Iman juga mesti menjadi tenaga pembangun di zaman ini. Wallahualam


p/s : artikel ini saya olah dari satu sumber.. tp dah lupa, insya allah kalau ingat saya maklumkan semula..

No comments: